Friday, July 18, 2014

MH17

18/7/ 2014 : Hari Jumaat

emm nak menangis..
kenapa mereka kejam..kejam sangat
sesuka hati nak tembak kapal terbang orang lain.

Hari ini saya decide untuk tidak datang kelas. Kedua-dua kelas.(Kelas disini dibenarkan untuk ponteng 2kali. Jadi saya mengambil peluang ini.) Saya ponteng tak hadir kelas sebab semasa hari pertama dalam kelas. Saya ditanya dengan hebatnya tentang MH370. 
Semestinya hari ini perkara yang sama akan terjadi kalau saya datang ke kelas. saya bakal ditanya lagi dengan hebatnya tentang MH71. Oleh itu, saya rasa saya akan menangis ketika menjawab soalan mereka. Sedih sangat kenangkan nasib negara yang selalu diperlekehkan oleh negara lain. Menjadi mangsa. Mentang-mentanglah mereka ada  senjata nukleur. Sesuka hati saja nak buat apa-apa saja. Ini melibatkan nyawa manusia. Manusia membunuh manusia. Keji. Ok tak nak ulas banyak tentang ini. Kita tunggu sahaja keputusan siasatan. 

Jadi saya ambil keputusan untuk tidak datang kelas. Selepas inform kepada kedua-dua pensyarah saya melalui emel dan kakaotalk untuk mohon tidak hadir kelas pada hari ini. Alhamdullilah, mereka seakan-akan faham walaupun saya tak cakap sebab kenapa saya tak datang kelas. Ini buktinya ya..



Saya pun sudah bagi tahu mak kat kampung yang saya tak datang kelas hari ini. Ya saya memang anak yang baik dan jujur.hahaha Jadi saya memanfaatkan masa ini untuk menyelesaikan beberapa tugasan penting yang memerlukan fokus lebih.

Tik tok tik tok petang sudah. Seperti kebiasaan Syarul datang setiap Jumaat. Tapi hari ini dia datang berbuka saja dan tak bermalam sebab tak bawa bekalan baju lebih. Yeay, dua jejaka kacak masak! Sampai licin kita kerjakan. hahaha



Selepas Isyak, kami mengiringi Syarul sampai ke exit 11 untuk ke subway station. Bye-bye Syarul, lain kali bawalah baju lebih boleh bermalam di sini. hehe

Adi : Kamis, Jom lepak-lepak.
Kamis : Jom, dah seharian suntuk kita duduk dalam bilik. Lemas rasanya.
-dialog rekaan semata-mata-

Kami pun pergi beli pau kacang merah dan susu, kemudian duduk di kawasan rehat exit 11 tadi. Banyak jugalah perkara, isu dan rahsia masing-masing yang dikongsi. haha tetiba malam ni rasa sedang lepak dengan kawan yang dah lama kenal. Rasa lega dan menenangkan..cehhh hahaha.


p/s: Stress sebenarnya duduk negara orang kalau tetiba negara sendiri sedang hangat diperkatakan oleh dunia. #prayforMH17 #prayforMH370 

Wednesday, July 9, 2014

Hari Ke-5 : Kelas pertamaku di Hanyang University & Rutin Hari Kelasku

Sebelum tu saya belanja gambar Hanyang University dulu.


Dan yang ini fakulti saya, sebenarnya kebanyakkan kelas-kelas summer school dibuat di sini.


Saya mengambil dua subjek, satu kelas awal pagi dan satu lagi lewat petang.

No
Kelas
Waktu
Tempat
1
Visual art for Elementary School Teacher
9.00pagi – 12 tengahari
Bussiness School (401)
2
Media Construction
4.00petang – 7 petang
Bussiness School (405)

Kelas pertama : Visual Art for Elementary School Teacher

       Yup..kelas ini untuk cikgu-cikgi yang akan mengajar art di sekolah rendah. Pensyarah bernama Dr Oksun Lee (perempuan tau). Currently a lecturer at University of Oklahama, USA. Kiranya bukan setakat student sahaja yang exchange, malah lecturer pon exchange juga. Boleh pula masa introduce ourselves dia minta nyatakan sekali : Kenapa saya ambil subjek ni? Sebab apa nak datang join Summer School ini? Haha bagi seorang yang pemalas nak berfikir secara akademia dan explain too much then i just give the simplest answer :-
1)  I join this class because this course offer a lots of fields trip. (dalam 14 kali perjumpaa, 6 field trips)
2)  I like to join this Summer School because I want to go to Korea to see Korea in real life which is before this I just watch in the K-drama.

        Penilaian? emm kami perlu ada sketchbook dan setiap kali perjumpaan ada tajuk diberikan sebagai homework. Untuk perjumpaan pertama ini ada 3 tajuk untuk di sketch dan di ceritakan dalam buku tersebut. Aigoo sangat leceh ok nak buat siapkan homework sketch2 ni. Kemudian kami juga diberi jurnal/article untuk dibaca dan diulangkaji sebelum perjumpaan seterusnya sebab akan ada kuiz berdasarkan jurnal/artikel tersebut dalam kelas tersebut. emmm ha..yang bestnya nanti diminggu akhir kami akan masuk sekolah, kami akan mengajar tahun 6 tentang art. Pendapat saya...hahah bila dia cerita tentang pedagogy or teaching technique saya terasa diri inilah orang yang paling expert, tapi bila dia mula cerita tentang art, oh my..i am the worst! hahha bagi saya kelas ini macam skema sikitlah, tengoklah setiap kali perjumpaan kena ada kuiz. Pastu mesti ada homework buat sketch and reflection. Kalau 1 tajuk saja ok lah, ni nak bagi sampai 3 terus. ish tamak betul :P haha cehh marah konon. 

Kelas kedua : Media Construction

     Kelas ini special sedikit sebab it is about my interest. Basically diakhir kelas ini, pelajar akan menghasilkan satu video dalam 5-10minit. Jadi akan ada process creating a script, storyline, shooting, editing and perkara-perkara sewaktu dengannya untuk menghasilkan sesebuah video. Pensyarahnya pun diimport daripada Wheaton College, USA yang bernama Prof Park Joonhee. Seorang director untuk short movie and documentary. Kalau nak tengok hasil karya beliau, cuba search nama dia dekat Youtube. Beliau juga seorang suami yang sangat appreciate dan menyayangi isterinya.haha Soalan basic: Kenapa saya ambil kelas ini? emm sebab saya merupakan bakal seorang guru dan video merupakan salah satu alat bantu mengajar. Jadi saya nak menjadi seorang yang mahir dalam pembuatan video yang berkualiti untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Research based approach digunakan dalam kelas ini..emm rasa rilex sedikit dalam kelas ini. Kadang-kadang kelas pun buat di tempat shopping. Maknanya tak ada kuiz or homework yang leceh-leceh tu semua. Cuma perlu membuat satu website dan satu video. Tapi bagi siapa yang sudah tahu tentang kerja-kerja pembangunan website dan video mesti tahukan betapa leceh dan berapa banyak masa diambil untuk menyiapkan 2 tugasan itu. emm tunggu dan lihat sahajalah macam mana nanti.  Dalam kelas ini hanya ada 8 orang pelajar sahaja. 5 lelaki dan 3 orang perempuan. Salah seorang perempuan di situ ada seorang yang sangat comel from Malaysia..haha ^_^

Masa lapang

            Oleh  kerana ada gap jam 12 tengahari sampai jam 4 petang tu, jadi untuk 2jam pertama saya akan buat perkara yang mengembirakan diri sendiri sama ada shopping/jalan-jalan ke mana-mana (selalunya jalan je,naik subway ke mana-mana dan stop dimana-mana, walaupun xtau pun nama tempat tu ape) / duduk-duduk lepak dan 2 jam seterusnya semestinya pulang ke bilik untuk berehat/tidur/basuh baju/ solat. Kalau ada assignment untuk kelas yang pukul 4 tu, ya terus balik dan buat assignment. 

Selepas kelas

         Apa lagi, habis kelas pukul 7 tu teruslah berlari, nak kejar solat Asar, nak kejar buka puasa. Selalunya Kamis yang tolong sediakan juadah berbuka puasa, sebab kelas dia habis pukul 4pm. Jadi selepas berbuka, solat Magrib, Isyak, mengaji, dan Terawih sampai kira-kira pukul 10pm. Seterusnya, selalunya ada 2 pilihan:-
1) Terus buat assignment, masak sahur, makan sahur, tidur sekejap,  bangun solat subuh jam 3.30am dan  tidur semula.
2) Tidur sekejap, bangun masak sahur, buat assignment, makan sahur, solat subuh 3.30 dan tidur.

             Kebiasaanya Kamis akan ikut yang pilihan 1. Jadi waktu makan sahur dia selalunya pukul 12malam. Jadi makanan sahur perlu dimasak pada pukul 11.30pm. Kalau saya pula selesa ikut yang pilihan 2 maybe sebab penat kelas petang tu tak hilang lagi kot.

Kelas Media Construction


Hari Ke-4 : Summer School Orientation,

Time to make many friends..

        Tapi mata aku  asyik lihat ke _oppa_ oppa_oppa_arghhhhh ramadan ni..jangan buat pasal wei..
Orentasi kami start pada jam 9.30pagi di Paiknam Concert Hall. Hall ini mempunyai design, struktur dan kelengkapan teknologi yang sangat hebat dan wow. Seramai lebih 1320 peserta Summer School dari seantero dunia berkumpul dengan muka yang sangat excited termasuklah seorang yang comel dan seorang comot dari Malaysia hahaha. Setiap kali tepukan diberikan dengan sangat gemuruh dan mungkin sebab dalam Concert Hall, gema tepukan itu agak sound good. I like it. 



      
       Selepas orentasi kami dibawa meronda-ronda tempat yang menarik di Seoul menaiki 13 buah bas. Dan bas saya yang dapat gelang putih ini.



Tempat 1 : Namsangol Traditional Garden
Ini rumah tradisional Korea




Tempat 2 : Namsan Tower
Tempat orang bercinta mengabadikan cinta mereka.Tu yang banyak kunci mangga tu. Saya suka tempat ini, jadi izinkan saya upload gamba lebih sikit.hahha





Tempat 3 : The Cheong Gye Cheon Restoration Stream





Tempat 4 : Cheongwadae Sarangchae Wild Flower
Nampak tak macam ada rumah tu namanya Blue House.. yang tu rumah president Korea Selatan.
Oleh kerana dibuat disitu, maka bangunan sekeliling Blue House tu xboleh dibangunkan lebih tinggi daripada Blue House tu..




Tempat 5 : Gyeongbok Palace





Saya pun tidak tahu harga tiket berapa sebab kami dapat masuk sini secara percuma. Ok saya ini adalah antara kawan-kawan saya kenal pada hari ini. They are from Switzerland.



Add widget

please add widget