Excited!? emm
Pagi-pagi lagi saya sudah ke Universiti, tapi bukannya untuk masuk kelas, tapi untuk ke surau. Tanpa berlengah saya pun setup tempat kerja dan mulakan membuat website(assignment kelas kedua) dengan menggunakan bantuan weebly.com ..Pada mulanya hanya nak edit website yang hampir siap di wix.com..boleh pula dia 'hang'..tak dapat edit langsung. peghh sekejap lagi nak hantar pukul 4 tapi tak dapat nak edit pula. argghhh tanpa lengahkan masa saya menggunakan weebly.com untuk membuat website yang baru. Alhamdullilah segala content yang hendak dimasukkan dalam website masih disimpan. Jadi hanya nak dimuatnaik dalam website sahaja. Senang sikit kerja. Ketang-ketong-ketang-ketong pukul 2 petang. Website sudah hampir siap, cuma perlu masukkan video sahaja. Tapi saya tak dapat upload video secara terus ke website tersebut sebab ia perlu dibayar. Saat ini saya agak mati akal, tapi rasa lega sikit sebab website sudah boleh dikirakan siap dan video pun prof Park sudah tengok. Pada ketika ini pun Kamis, Trii, Hilda dan Hatta sudah habis kelas dan lepak di surau itu. Masing-masing excited tunggu nak konvo sekejap lagi. haha ok tunggu akak di sana ya.
Jam 4 petang, hati saya dup-dap-dup-dap.
Pergi ke kelas. Sejurus saya tiba dalam kelas, Prof Park arahkan supaya buka
website yang telah siap di dekstop depan. Jadi saya pun taipkan alamat website
saya. Ketika itu hanya website saya dan Andy sahaja yang telah dibuka. Ok
hampir setengah jam menunggu Enxi tak samapi ke kelas, Prof Park pun mulakan
kelas. emmm ok straight to the point…Sebenarnya kami telah mengecewakan beliau.
Bukan hasil kerja tapi cara kami manage kerja kami amat teruk, sampai beliau
berkata : “If you in the production team, you have the project, you have to
finish your project on time. If not, your client will never trust you anymore.
So from now, you are fired. Seriously, you are fired”
Bayangkan sekejap lagi dah nak konvo,
boleh pula dengar kata-kata sebegitu daripada seorang pendidik.ha….emm Baiklah
saya akan ringkaskan sedikit permasalah dan apa yang berlaku dalam kelas ini
tentang projek kumpulan.
Group 1 : Sarah dan Andy.
Sarah dan Andy sama-sama plan dan shoot
video, tetapi Andy mahu edit video dan bangunkan website sendiri sebab lebih
selesa baginya. Okay la sebab video siap dan website siap. Tetapi Sarah tidak
berpuas hati kerana dia tidak dapat implementasikan skill yang dia belajar
untuk editing. Beberapa kali jugalah yang mereka bertengkar dalam kelas ketika
Prof Park tak ada dan akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk edit video
sendiri dan bangunkan website sendiri. Tetapi malangnya video dan website dia
tak siap pada hari ini. Maka teresak-esak Sarah menangis apabila Prof Park
mengeluarkan ayat-ayat itu tadi. Sebagai gentleman, Prof Park cuba untuk
menenangkan beliau seketika.
Group 2 : Joshua dan Enxi
Mereka juga plan dan shoot video sama-sama
tetapi hanya Joshua yang edit video dan Enxi buat website. Malangnya pada hari
ini Joshua tak dapat datang kelas dan Enxi datang lambat. Mungkin sebab tu juga
Prof Park marah. Apabila Enxi sudah sampai kelas dan tunjukkan website, video
masih belum dimasukkan dalam website tersebut. Jadi Prof Park minta untuk Enxi
embedkan video tersebut segera.
Group 3 : Sam dan Adi
My group yang kabur-kabur tentang plan,
shooting dan editing. Semasa hantar website saya yang tidak ada video itu, saya
ceritakan tentang masalah yang saya tak dapat direct upload the video, jadi
Prof Park cadangkan untuk upload ke Youtube dahulu dan kemudiannya embed kan dalam
website. Haha kenapalah saya langsung tak terfikir ya.
Group 4 : Jay dan Soohyung (윤성용)
Mereka sama-sama plan, shoot dan edit.
Video mereka baru siap dan semasa dalam kelas video itu baru diuploadkan dalam
youtube. Website pula dibangunkan oleh Jay dengan menggunakan kod-kod html. Peghh
power gila Jay ni.. tetapi malangnya website yang dibangunkan tidak menepati
apa yang Prof Park mahukan. Maka dia cuba untuk membetulkan website tersebut tapi
malangnya lebih teruk. Ketika itu Prof Park agak ‘angin’ sikit kerana Jay macam
tak faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Jadi terus Prof Park arahkan
Soohyung untuk membuat website yang baru.
Dengan segala permasalahan yang
ditimbulkan kami sekelas, Prof Park bagi masa sampai 12 tengah malam untuk
hantar website yang telah siap sepenuhnya. Selepas itu, Prof Park, Enxi dan
saya jalan bersama-sama untuk ke Graduation Ceremony. Ketika itu kami sampai
lambat dan Enxi terus pergi ke kawannya. Saya dan Prof Park berdiri dibelakang
sebab tempat duduk telah penuh. Pada masa ini perasaan serba salah masih
menyelubungi diri. Ketika Kamis dan kawan-kawan semua sedang sangat excited
untuk bergambar dengan pakaian konvo. Saya pula telah pulangkan jubah itu awal
dan tidak ada gambar jubah bersama-sama.
Saya minta izin pada Kamis untuk buat
kerja di Surau seketika. Ketika masih upload video dalam Youtube, Kamis dengan
muka excited pun datang, “Jom akak kita pergi makan sama-sama”. Kerja belum
siap, mereka semua sudah excited nak pergi. Jadi saya pun kata tak nak pergi.
Masa ni tak sanggup nak pandang Kamis sebab air mata da start bergelinangan.
Akhirnya, bergelinangan jua setelah tahan daripada kelas tadi. Rasa diri ini
sangat teruk sebab kecewakan segalanya:-
1) Tak tepati janji untuk siapkan kerja
ontime pada Prof Park
2) Tak tepati kata-kata pada Kamis, sebab
banyak kali Kamis dah cakap untuk pergi makan sama-sama pelajar Indonesia
selepas Graduation ceremony di Bimpo Bridge, siap dia sanggup jalan jauh ke
surau untuk ajak lagi. Tapi saya tak pergi.
3) Saya selalu cakap nak pergi ke Bimpo
bridge untuk tengok air pancut yang ada lampu-lampu, tapi saya sendiri tak
dapat nak tunaikan apa yang saya hajati.
Last-last sempat juga buka video matluthfi
ini dan teruskan kerja. Alhamdullilah siap upgrade content dalam website lagi.
Pukul 9 malam siap semuanya dan Kamis meseg. Segeralah saya pulang. Kesian
Kamis dia juga balik awal, maybe sebab risaukan saya seorang diri di surau di universiti
malam-malam. Malam itu Syarul datang dan seperti biasa kami masak sama-sama.having
a good time. Lega sedikit rasa. Apa-apapun, maafkan akak ye Kamis untuk hari
ini.
No comments:
Post a Comment