Tuesday, September 9, 2014

Hari ini kupulang ke Malaysia --> Esok Hari Raya --> Salam perantauan pelajar UTM

Alhamdullilah, semua tugasan dan tanggungjawab di Korea telah diselesaikan. Kini detik yang menyedihkan dimana kami akan meninggal kota Seoul ini, entah bila lagi dapat rezeki untuk ke sini lagi..haha tak payah la nak mengayat sangat, padahal dalam hati meloncat-loncat keriangan nak balik raya. yeay esok raya. 

Pada jam 11 pagi kami pulangkan kunci bilik dan pergi ke Wangsimni station. Time to say goodbye to Nita and Fahmi. Mereka akan beraya di Korea tahun ini. Kemudian saya dan Kamis pun menaiki subway dan beberapa kali transit sampai ke Incheon airport pada jam 3 petang. Flight kami dalam pukul 4. Risau juga naik flight kali ni sebab tragedi MH17 baru saja berlakukan. Tapi oleh sebab malam tadi kurang tidur, jadi dalam flight memang tidur lena habis la. Sakit tengkuk den..hahha
Tiba di KLIA2 dalam jam 10 malam dan makan KFC sekejap. Bye Kamis tinggal seorang diri di airport dimalam takbir raya, sebab flight dia ke Sabah esok pagi raya. Abang saya sudah datang ambil dan pulang ke Melaka dengan hati yang gembira. Tiba rumah pukul 3 pagi, mak dan ayah terjaga daripada tidur. ehehe mak pun cakap "Adi, tu mak dah gantungkan baju raya untuk esok." See my mother never failed dalam bab menguruskan kelengkapan anak-anaknya. Sayang mak 200 %. 

Bangun pagi raya seperti biasa tugasku menyusun kuih raya dalam bekas kuih raya dan hidangkan sarapan. emm oleh sebab tahun ini anak mak yang comel seorang ni yang selalu tolong mengayam ketupat tak ada, maka tahun ni ketupat anyam sikit saja yang selebihnya ketupat plastik. Bolehlah daripada tak ada. Semestinya sambal mak memang deboom, kari daging, rendang ayam, urap, sambal jawa, dan lemang..marvellous..mashikita. Selepas solat hari raya, semua berkumpul di rumah makngah, pergi melawat kubur dan kemudian ke rumah sanak-saudara. Untuk pertama kali saya rasa gembira beraya di rumah sendiri selepas kedua-dua arwah nenek belah mak dan ayah meninggal dunia semasa 3tahun lepas. Arwah atuk kedua-duanya telah meninggal dunia lama dahulu. Selepas arwah nenek meninggal kami dah tak ada tradisi pergi ke rumah nenek. Jadi agak bosan sikitlah sebenarnya pada pagi raya. tapi kali ini saya rasa happy. Tak tahu kenapa, mungkin rasa gembira dapat jumpa semua ahli keluarga semula. ehhehe 

Oh ya..semasa di Korea kami banyak kali buat video untuk ucapan hari raya. Jadi saya compile kan semua sekali menjadi satu video penuh. 

Untuk kawan-kawan UTM yang bersama-sama di Korea. Kamis, Syahrul, Irene, Nita, Fahmi, Nadzmi, Eric dan  Jamsyeer. Nanti kita buat reunion di UTM pula tau.. ^_^ 


Kepulanganku di Malaysia menandakan telah selesailah Program Hanyang International Summer School 2014 selama sebulan ini dan juga telah tamatlah entry dalam blog ini. Tak sangka boleh juga ada pengalaman dalam dunia blogging ini. Rasa lawak pula.haha Ok sekian, Kamsahamida, Annyeong~

No comments:

Post a Comment

Add widget

please add widget