Tuesday, September 9, 2014

Hari ini kupulang ke Malaysia --> Esok Hari Raya --> Salam perantauan pelajar UTM

Alhamdullilah, semua tugasan dan tanggungjawab di Korea telah diselesaikan. Kini detik yang menyedihkan dimana kami akan meninggal kota Seoul ini, entah bila lagi dapat rezeki untuk ke sini lagi..haha tak payah la nak mengayat sangat, padahal dalam hati meloncat-loncat keriangan nak balik raya. yeay esok raya. 

Pada jam 11 pagi kami pulangkan kunci bilik dan pergi ke Wangsimni station. Time to say goodbye to Nita and Fahmi. Mereka akan beraya di Korea tahun ini. Kemudian saya dan Kamis pun menaiki subway dan beberapa kali transit sampai ke Incheon airport pada jam 3 petang. Flight kami dalam pukul 4. Risau juga naik flight kali ni sebab tragedi MH17 baru saja berlakukan. Tapi oleh sebab malam tadi kurang tidur, jadi dalam flight memang tidur lena habis la. Sakit tengkuk den..hahha
Tiba di KLIA2 dalam jam 10 malam dan makan KFC sekejap. Bye Kamis tinggal seorang diri di airport dimalam takbir raya, sebab flight dia ke Sabah esok pagi raya. Abang saya sudah datang ambil dan pulang ke Melaka dengan hati yang gembira. Tiba rumah pukul 3 pagi, mak dan ayah terjaga daripada tidur. ehehe mak pun cakap "Adi, tu mak dah gantungkan baju raya untuk esok." See my mother never failed dalam bab menguruskan kelengkapan anak-anaknya. Sayang mak 200 %. 

Bangun pagi raya seperti biasa tugasku menyusun kuih raya dalam bekas kuih raya dan hidangkan sarapan. emm oleh sebab tahun ini anak mak yang comel seorang ni yang selalu tolong mengayam ketupat tak ada, maka tahun ni ketupat anyam sikit saja yang selebihnya ketupat plastik. Bolehlah daripada tak ada. Semestinya sambal mak memang deboom, kari daging, rendang ayam, urap, sambal jawa, dan lemang..marvellous..mashikita. Selepas solat hari raya, semua berkumpul di rumah makngah, pergi melawat kubur dan kemudian ke rumah sanak-saudara. Untuk pertama kali saya rasa gembira beraya di rumah sendiri selepas kedua-dua arwah nenek belah mak dan ayah meninggal dunia semasa 3tahun lepas. Arwah atuk kedua-duanya telah meninggal dunia lama dahulu. Selepas arwah nenek meninggal kami dah tak ada tradisi pergi ke rumah nenek. Jadi agak bosan sikitlah sebenarnya pada pagi raya. tapi kali ini saya rasa happy. Tak tahu kenapa, mungkin rasa gembira dapat jumpa semua ahli keluarga semula. ehhehe 

Oh ya..semasa di Korea kami banyak kali buat video untuk ucapan hari raya. Jadi saya compile kan semua sekali menjadi satu video penuh. 

Untuk kawan-kawan UTM yang bersama-sama di Korea. Kamis, Syahrul, Irene, Nita, Fahmi, Nadzmi, Eric dan  Jamsyeer. Nanti kita buat reunion di UTM pula tau.. ^_^ 


Kepulanganku di Malaysia menandakan telah selesailah Program Hanyang International Summer School 2014 selama sebulan ini dan juga telah tamatlah entry dalam blog ini. Tak sangka boleh juga ada pengalaman dalam dunia blogging ini. Rasa lawak pula.haha Ok sekian, Kamsahamida, Annyeong~

Sehari Sebelum Pulang Malaysia --> Gathering with all UTM students

Pagi yang menceriakan. Hari ini semua pelajar UTM di Korea akan berkumpul.

Saya, Kamis dan Syarul pergi ke City Hall untuk berjumpa dengan Nita dan Fahmi yang Summer School di Ajou University dan Eric yang Summer School di Sungkyunkwan University.
Turut serta dua orang pelajar Summer School daripada Universiti lain.

Kami UTM students
Mulanya masuk dalam Duksugong Palace. Kemudian ke Seoul Metropolitan Library dalam bangunan City Hall. Seterusnya pergi ke sepanjang jalan sampai jumpa tugu ini..sempat juga join perhimpunan solidariti Gaza. Kemudian kami pergi ke Namdaemun dan Dongdaemun market buat kali terakhir. Oh sempat juga saya da Nita ke Dongdaemun Plaza. Ketika itu ada exhibition untuk drama My Love From The Star. Kemudian sempat singgah ke Doota iaitu shopping mall yang memang heavanlah kalau nak beli baju cantik-cantik di sini. Akhir sekali berbuka di Masjid Itaewon dan supper di Hollys Cafe. Betul-betul memanfaatkan masa pada hari ini.

depan Duksugong Palace

dalam Metropolitan Library. Ia merupakan salah satu tempat pengambaran running man
Perhimpunanan solidariti Gaza
berjalan kaki daripada City Hall sampai sini

di Dangdoemun market
Dongdaemun Plaza..ada bendera Malaysia di situ..

My Love From the Star Exhibition

Chit-chat at Hollys Cafe
Malam ini Fahmi dan Nita tidur di bilik kami sebab nak say goodbye esok pagi ..hehe malam ni kami masak sama-sama dan makan sahur di rooftop. Sebelum tidur, kemaskan beg, esok nak balik da. ^_^

Dua hari sebelum pulang Malaysia --> Our Graduation Day!

Hari ini saya tak ada kelas pagi, cuma ada kelas petang. Selepas kelas petang dan kemudiannya Graduation ceremony!
Excited!? emm

Pagi-pagi lagi saya sudah ke Universiti, tapi bukannya untuk masuk kelas, tapi untuk ke surau. Tanpa berlengah saya pun setup tempat kerja dan mulakan membuat website(assignment kelas kedua) dengan menggunakan bantuan weebly.com ..Pada mulanya hanya nak edit website yang hampir siap di wix.com..boleh pula dia 'hang'..tak dapat edit langsung. peghh sekejap lagi nak hantar pukul 4 tapi tak dapat nak edit pula. argghhh tanpa lengahkan masa saya menggunakan weebly.com untuk membuat website yang baru. Alhamdullilah segala content yang hendak dimasukkan dalam website masih disimpan. Jadi hanya nak dimuatnaik dalam website sahaja. Senang sikit kerja. Ketang-ketong-ketang-ketong pukul 2 petang. Website sudah hampir siap, cuma perlu masukkan video sahaja. Tapi saya tak dapat upload video secara terus ke website tersebut sebab ia perlu dibayar. Saat ini saya agak mati akal, tapi rasa lega sikit sebab website sudah boleh dikirakan siap dan video pun prof Park sudah tengok. Pada ketika ini pun Kamis, Trii, Hilda dan Hatta sudah habis kelas dan lepak di surau itu. Masing-masing excited tunggu nak konvo sekejap lagi. haha ok tunggu akak di sana ya. 

Jam 4 petang, hati saya dup-dap-dup-dap. Pergi ke kelas. Sejurus saya tiba dalam kelas, Prof Park arahkan supaya buka website yang telah siap di dekstop depan. Jadi saya pun taipkan alamat website saya. Ketika itu hanya website saya dan Andy sahaja yang telah dibuka. Ok hampir setengah jam menunggu Enxi tak samapi ke kelas, Prof Park pun mulakan kelas. emmm ok straight to the point…Sebenarnya kami telah mengecewakan beliau. Bukan hasil kerja tapi cara kami manage kerja kami amat teruk, sampai beliau berkata : “If you in the production team, you have the project, you have to finish your project on time. If not, your client will never trust you anymore. So from now, you are fired. Seriously, you are fired”

Bayangkan sekejap lagi dah nak konvo, boleh pula dengar kata-kata sebegitu daripada seorang pendidik.ha….emm Baiklah saya akan ringkaskan sedikit permasalah dan apa yang berlaku dalam kelas ini tentang projek kumpulan.

Group 1 : Sarah dan Andy.
Sarah dan Andy sama-sama plan dan shoot video, tetapi Andy mahu edit video dan bangunkan website sendiri sebab lebih selesa baginya. Okay la sebab video siap dan website siap. Tetapi Sarah tidak berpuas hati kerana dia tidak dapat implementasikan skill yang dia belajar untuk editing. Beberapa kali jugalah yang mereka bertengkar dalam kelas ketika Prof Park tak ada dan akhirnya Sarah mengambil keputusan untuk edit video sendiri dan bangunkan website sendiri. Tetapi malangnya video dan website dia tak siap pada hari ini. Maka teresak-esak Sarah menangis apabila Prof Park mengeluarkan ayat-ayat itu tadi. Sebagai gentleman, Prof Park cuba untuk menenangkan beliau seketika.

Group 2 : Joshua dan Enxi
Mereka juga plan dan shoot video sama-sama tetapi hanya Joshua yang edit video dan Enxi buat website. Malangnya pada hari ini Joshua tak dapat datang kelas dan Enxi datang lambat. Mungkin sebab tu juga Prof Park marah. Apabila Enxi sudah sampai kelas dan tunjukkan website, video masih belum dimasukkan dalam website tersebut. Jadi Prof Park minta untuk Enxi embedkan video tersebut segera.

Group 3 : Sam dan Adi
My group yang kabur-kabur tentang plan, shooting dan editing. Semasa hantar website saya yang tidak ada video itu, saya ceritakan tentang masalah yang saya tak dapat direct upload the video, jadi Prof Park cadangkan untuk upload ke Youtube dahulu dan kemudiannya embed kan dalam website. Haha kenapalah saya langsung tak terfikir ya.

Group 4 : Jay dan Soohyung (윤성용)
Mereka sama-sama plan, shoot dan edit. Video mereka baru siap dan semasa dalam kelas video itu baru diuploadkan dalam youtube. Website pula dibangunkan oleh Jay dengan menggunakan kod-kod html. Peghh power gila Jay ni.. tetapi malangnya website yang dibangunkan tidak menepati apa yang Prof Park mahukan. Maka dia cuba untuk membetulkan website tersebut tapi malangnya lebih teruk. Ketika itu Prof Park agak ‘angin’ sikit kerana Jay macam tak faham apa yang dimaksudkan oleh beliau. Jadi terus Prof Park arahkan Soohyung untuk membuat website yang baru.

Dengan segala permasalahan yang ditimbulkan kami sekelas, Prof Park bagi masa sampai 12 tengah malam untuk hantar website yang telah siap sepenuhnya. Selepas itu, Prof Park, Enxi dan saya jalan bersama-sama untuk ke Graduation Ceremony. Ketika itu kami sampai lambat dan Enxi terus pergi ke kawannya. Saya dan Prof Park berdiri dibelakang sebab tempat duduk telah penuh. Pada masa ini perasaan serba salah masih menyelubungi diri. Ketika Kamis dan kawan-kawan semua sedang sangat excited untuk bergambar dengan pakaian konvo. Saya pula telah pulangkan jubah itu awal dan tidak ada gambar jubah bersama-sama.

Saya minta izin pada Kamis untuk buat kerja di Surau seketika. Ketika masih upload video dalam Youtube, Kamis dengan muka excited pun datang, “Jom akak kita pergi makan sama-sama”. Kerja belum siap, mereka semua sudah excited nak pergi. Jadi saya pun kata tak nak pergi. Masa ni tak sanggup nak pandang Kamis sebab air mata da start bergelinangan. Akhirnya, bergelinangan jua setelah tahan daripada kelas tadi. Rasa diri ini sangat teruk sebab kecewakan segalanya:-
1)     Tak tepati janji untuk siapkan kerja ontime pada Prof Park
2)     Tak tepati kata-kata pada Kamis, sebab banyak kali Kamis dah cakap untuk pergi makan sama-sama pelajar Indonesia selepas Graduation ceremony di Bimpo Bridge, siap dia sanggup jalan jauh ke surau untuk ajak lagi. Tapi saya tak pergi.
3)     Saya selalu cakap nak pergi ke Bimpo bridge untuk tengok air pancut yang ada lampu-lampu, tapi saya sendiri tak dapat nak tunaikan apa yang saya hajati.

Last-last sempat juga buka video matluthfi ini dan teruskan kerja. Alhamdullilah siap upgrade content dalam website lagi. Pukul 9 malam siap semuanya dan Kamis meseg. Segeralah saya pulang. Kesian Kamis dia juga balik awal, maybe sebab risaukan saya seorang diri di surau di universiti malam-malam. Malam itu Syarul datang dan seperti biasa kami masak sama-sama.having a good time. Lega sedikit rasa. Apa-apapun, maafkan akak ye Kamis untuk hari ini.


Graduation Ceremony

Add widget

please add widget