Saturday, August 23, 2014

Konflik Kelas Keduaku. You are Fired!

Yup! Saya memang suka kelas ini, Media Construction.
Tapi....dugaan pula yang melanda..seperti yang telah diceritakan dalam entri awal kelas, bilangan pelajar kelas ini adalah 8 orang sahaja dan 5 daripadanya (Sarah, Enxi, Joshua, Sam dan Andy) merupakan pelajar daripada sama universiti dengan pensyarah kelas ini iaitu Wheaton University, US. Jay daripada Utah University, US.SooHyong, pelajar tempatan daripada Hanyang University, Korea dan seorang lagi pelajar comel daripada UTM, Malaysia.hehe.. 

 Nak dijadikan cerita, 5 orang pelajar daripada Wheaton University ni selalulah together2 setiap ketika dan segala informasi mereka yang tahu dahulu dan ada yang mereka sahaja yang tahu. Maka kami yang bertiga daripada universiti lain agak terkontang-kantinglah juga. emm So what I did?

Mula-mula saya berkawan baik dengan dua orang pelajar perempuan yang daripada Wheaton University, kami berchatting via kakaotalk, dengan cara ini saya tidak tertinggal segala maklumat yang sepatutnya saya tahu seperti kelas akan mula lewat dan lain-lain. Selain itu, saya juga mendapat kawan yang sangat baik dalam kelas ini, namanya Jay Meza from Utah University. Bayangkan dia sanggup untuk tunggu saya selama sejam untuk balik bersama-sama. Seronok tau bila bercakap dengan Jay, maybe sebab kami share some minat dan perangai yang sama. hahaha

Jay dan anak patungnya. Kemana-mana mesti bawak anak patung tu
Kemudian..emm saya juga mengalami masalah kelengkapan belajar dalam kelas ini. Saya tidak mempunyai kamera DSLR untuk shoot video dan Mac book untuk edit video dengan menggunakan software Final Cut Pro. Sebab Prof Park mengajar detail on how to use it and handle it. Sayang sangat saya tak dapat praktis. Hanya dapat belajar teori sahaja. Jadi dengan merendah diri saya hanya memanfaatkan kamera smartphone saya walaupun hanya 20.7Megapixels sahaja tapi ia sangat membantu dan saya edit menggunakan laptop biasa saya ini sahaja dengan perisian Adobe Premier. Ok la daripada takde ye dop..alhamdullilah.

Dan yang paling menduga keimananku apabila hendak menyelasaikan projek video. Ok ditakdirkan saya telah mendapat seorang group partner yang sangat kacak yang dikenali sebagai Sam. So setiap kali nak berbincang tentang projek, fikiranku di angkasa lepas dan hatiku menjadi aiskrim. Pun masalah? sebab bila habis berbincang, no answer..jadi saya pun tak tahu apa projek yang kami nak buat. Tiada kata setuju. Jadi saya pun keluarkan idea demi idea, dan ditolak mentah-mentah. Kemudian diminggu ketiga barulah Sam bagi idea dia, buat video tentang Professor Park. So go on je la dengan idea dia. Tapi saya tahu kami tak akan sempat siapkan projek video kami kalau ambil idea dia tu. Tapi saya go on je, pergi shooting sama-sama and so on. Dalam masa yang sama juga, saya sudah ada backup plan..

Sam..ayahnya US, maknya Korea, sekali dia cakap korea, peghhh...
What I need just a footage (rakaman asal video) dan saya boleh edit sendiri menggunakan laptop saya. Jadi  semasa dalam kelas Prof Park ajar edit video dan beliau minta untuk semua orang ada footage dalam laptop masing-masing. Saya ambil peluang ini dan sedut semua footage yang ada dalam kamera Sam. Walaupun footage yang ada itu bukannya idea projek kami, tapi footage street dance. Jadi saya gunakan footage ini untuk my learning process for editing. Bila bawa balik saya cuba edit separuh dengan elok sikit dan tunjukkan dalam kelas. Purposely..sengaja tunjuk dalam kelas.

Finally, minggu terakhir seperti yang dijangka projek video kami tak dapat disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Maka Prof Park, personally asks me to complete my editing video on Sam footage. Maka dua hari sebelum kelas berakhir saya pun bertungkus-lumus menyiapkan video itu dan membuat sedikit research untuk isikan dalam website supaya video yang tak seberapa itu ditambah dengan sedikit nilai ilmiahnya. Dan inilah hasilnya..



Alhamdullilah. saya dapat grade A0 untuk kelas ini.

So apa cerita projek kami tu? dan bagaimana pula result Sam?
Projek itu masih diteruskan oleh Sam seorang diri dan dibantu oleh Prof Park sebab meraka masih di Korea untuk sebulan berikutnya.
emm saya pun tak tahu result Sam, saya juga ada letak nama Sam dalam Production team. Saya harap dia pun dapat result yang ok. ^_^

Kenapa you are fired? nantikan entri my graduation day..

Semua ada kecuali Joshua

Friday, August 15, 2014

Kelas Pertamaku Kelas Kanak-Kanak Riang

Sebab apa kelas ni namanya kanak-kanak riang? mungkin sebab dalam kelas ni kami banyak buat kerja-kerja yang kena gunting, gam, tampal, melukis dan mewarna. Terasa sangat kembali ke zaman kanak-kanak. hehe..

Kelas Visual Art For Elementary School Teacher ini diajar oleh seorang pensyarah yang sangat berdedikasi dan penyayang, Dr Oksun. Sebenarnya beliau pernah menjadi guru seni di sekolah rendah sebelum beliau melanjutkan pengajiannya di peringkat PhD dan menjadi pensyarah di US. She is Korean ^_^

Mungkin sebab beliau berpengalaman sebagai guru di sekolah rendah membuatkan cara pengajarannya cukup teratur, segala arahan diberikan cukup detail dan segala alat bantu mengajar telah disediakan dengan secukupnya. Semasa dalam kelas ini memang terasa diri ini macam kanak-kanak dan yang sedang mengajar di depan itu bukannya pensyarah tetapi seorang CIKGU. Beliau suka menggunakan strategi Constructivism dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Ha tahu tak Constructivism tu apa? Ia merupakan strategi untuk mengajar dalam kelas. Basically akan ada soalan-soalan yang ditanya oleh cikgu kepada pelajar untuk membantu membentuk pemahaman pelajar dan sekaligus pelajar dapat membina kerangka konsep mereka sendiri. Yang bestnya Dr Oksun ni, dia suka menggunakan positive reinforcement seperti memuji setiap idea dan setiap hasil kerja pelajarnya yang membuatkan pelajar-pelajarnya aktif dalam kelas. Dan mungkin sebab itu juga, saya rajin nak siapkan setiap homeworknya yang leceh tu. hahaha meh saya tunjukkan sikit hasil kerja saya..walaupun tak berseni sangat tapi ok la..

sketchbook dan beberapa hasil kerja 

in the making of Korean fan at National Museum
Diakhir kelas pelajar perlu membuat refleksi keseluruhan dalam bentuk media. Jadi saya pun buatlah satu video untuk refleksi keseluruhan kelas ini. Tetapi saya tidak hadir untuk kelas terakhir ini sebab ada urusan penting yang perlu dibuat. Jadi saya berikan pendrive kepada Kamis untuk tolong hantarkan. Respon lecture?? Kamis kata Dr Oksun siap buka video ini 2 kali dalam kelas, maybe sebab saya seorang saja yang buat video dan classmate yang lain semua buat slide powerpoint. Beliau juga ada email response pada saya yang membuatkan bibirku menyengeh seorang diri dan hati ini berbunga-bunga ..just a simple email but meaningful kan? 

"Dear Adi

Thanks for sharing your video. It was fantastic!

Your final grade is 97.8 which is A+.

Congratulations!

Thanks."

Pada saya video itu tidaklah bagus sangat sebab saya buat last minit selepas sahur baru buat dengan kepala melayang-layang mengantuk, ayat english yang berteraburan serta develop video just only menggunakan perisian miscrosoft powerpoint dan save as Windows Media Video (*.wmv).

Malu nak share sebenarnya..tapi bak kata Professor Park "Please never delete your work but share it, share as many as you can" Jadi saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi refleksi saya terhadap keseluruhan Kelas Pertamaku ini. enjoy ya~


Opps sorry laju sikit video ini, masa edit dulu dah tak larat mengantuk sangat, jadi saya hantar saja yang ini dan sampai sekarang da tak edit pun.



Thursday, August 7, 2014

Seoul Grand Park, Rose Garden & Zoo Seoul

Yeay hari ini saya ditemani seorang gadis ayu, Nita iaitu pelajar UTM yang mengikuti Ajou SummerSchool. Pagi-pagi lagi kami sudah menaiki Subway ke Seoul Grand Park Station, Line 4, Exit 2.  Di Seoul Grand Park ini seperti pusat kepada park yang lain:-
1) Children's Grand Park
2) Seoul Land Amusement Park
3) Botanical Garden
4) Rose Garden
5) Seoul Zoo

Tempatnya sangat besar. Tak larat nak jalan kaki. hahhaa Kami memilih untuk masuk Seoul Zoo dan Rose Garden sebab pakejnya agak murah. 

Jom kita terokai Seoul Zoo! Zoo ini sangatlah besar 3kali ganda daripada zoo Melaka, jadi kalau nak pergi silalah pakai kasut sukan..haha terdapat juga beberapa spesis haiwan yang di Malaysia tak ada tapi di sini ada. Contohnya seperti Gorilla, panda bear, penguin, kangaru dan lain-lain. Jadi excited la.







Kemudian kami masuk ke Rose Garden. Ianya berhadapan dengan Zoo tadi. jom feeling2 romantik gitu..mungkin kalau prgi musim spring lebin cantik ^_^






Nanta Show, Hongdae Street, Hongik University, Dongyang Mirae University & Myeongdong Market

Field trip kali ini oleh HISS 2014 ialah menonton Nanta Show. Dengan menaiki Subway ke Euljiro 1(il)-ga Station, Line 2, Exit 6, kemudian jalan terus dalam 200 meter dan belok kiri ke Myeongdong gil. Teater tu ditingkat 3 dalam bangunan Unesco. emmm Apa itu Nanta Show? It is awesome and exciting non verbal performance. Duration in 2 hours. Ceritanya berkisar tentang chef yang perlu menyediakan jamuan untuk perkahwinan dalam masa yang telah ditetapkan. Persembahan ini ada komedi, akrobatik, muzikal dan juga memlibatkan penonton. Seronok sangat lagi-lagi bila dia chopping2 dan main drum.


Semasa kami pergi, Black Team yang buat persembahan
Inilah pentasnya

Setelah habis show, kami berjumpa dengan pelajar Indonesia. Jadi kami decide untuk pergi berjalan-jalan di Hongdae Street. Menaiki Subway ke Hongik University Station, Exit 9 dan jalan kaki 5 minit. Di sini tempat seniman menjual hasil seni mereka seperti lukisan, barangan jahit tangan, Handbag yang handmade dan ada juga orang buat performance. Terdapat juga cat cafe tapi tak masuk sebab puasa.haha lagi ada satu laluan tu penuh dengan grafitti di sepanjang dindingnya. 

Cat Cafe




Di sini juga terletaknya Hongik University, alang-alang dah sampaikan, jom kita bergambar sekejap di pintu gerbangnya.



Tak beli apa-apapun di sini. ehehe Ok time to say goodbye to pelajar Indonesia kerana kami ingin pergi ke bazaar ramadan anak Malaysia. Mereka pada mulanya mahu join tapi tak jadi kerana ingin berbuka puasa di Itaewon. Saya dan Kamis pergi bersama-sama dengan dua orang pelajar UTM yang sedang menjalani praktikal di sini, iaitu Syarul dan Nazmi. Kami gerak bersama-sama ke Dongyang Mirae University.
Menaiki Subway ke Sindorim Station, Line 2 atau Line 1, Exit 1, melintas jalan dan ambil bas nombor 6513 atau 6515 sampai ke Dongyang Mirae University yang terletak di sebalah kanan. Gembira sangat-sangat masa ini sebab jumpa dengan semua warganegara Malaysia. Pelajar-pelajar Summer School daripada Suwon pun ada datang juga. Kami beli makan dan berbuka di sini bersama-sama pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Korea. 
Pelajar-pelajar Hanyang Summer School, Ajou Summer School dan Kookmin Intership

Nasi kerabu
Bazar ramadan Persatuan Pelajar Malaysia Korea
Tak kan datang jauh-jauh hanya pergi satu tempat sahaja? Memandangkan perjalanan yang agak jauh oleh pelajar dariapda Suwon, jadi kami bawalah mereka singgah di Myeongdong Market sebelum pulang ke universiti masing-masing. Oh ya Myeongdong Market ini saya telah pun cerita di entry tips nak beli souvenir murah di korea.

Ewha Womans University, Konkuk Univesity dan Children's Grand Park

Hari ini hari rabu, tak ada kelas. Cuti mesti nak keluar jalan-jalan. Hari ini jalan seorang diri sebab dak Kamis nak study, dia ada midterm test esok. Maka kakiku melangkah sakan la. Semalam Hilda (rakan Summer School daripada Indonesia) cakap di Ewha University ini banyak tempat shopping baju yang banyak pilihan dan harga berpatutan. Apa lagi hari ini, terus dengan rasa gembiranya pergi ke sana. Let's go Dora!

1)Ewha Womans University
Subway Ewha Womans University Station, Line 2, Exit 2 atau 3. Sepanjang perjalanan sudah boleh nampak kedai-kedai jual baju dan accessories wanita. Sabar dulu, kita perlu melawat Universitinya dahulu. Selepas masuk bangunan universiti dan berbual sekejap dengan pelajar di sana. Terus menuju ke kedai-kedai tersebut. Wahh syurga, nasib bawa duit terhad, kalau bawa semua duit, setengah jam sudah boleh habis. Yang kelakarnya, semasa membeli-belah di sini saya terjumpa Hilda dan roomatenya. 

Adi     : Hi Hilda, datang lagi kamu ke sini?
Hilda  : Ia, mahu membeli bajunya, semalam pergi dengan lelaki rasa kurang enak untuk membeli,
Adi     : Biasalah..bla..bla..ssssssssssss (gosip wanita) hahahha
*dialog rekaan semata-mata

Pada mulanya ingat nak berjalan saing sekali dengan mereka tetapi mereka baru tiba dan saya pula sudah habis shopping, nanti kena tunggu lama pula, jadi saya pun minta beredar untuk ke tempat lain. Ok nest destination..









2)Konkuk University.
Subway Konkuk University Station, Line 2, Exit 3. Sebenarnya dalam perjalanan pulang daripada Ewha Women University tadi, saya nak pergi ke City Hall dahulu, tapi boleh pula tertidur dalam subway tu, sudah terlepas, emm tak ada rezeki nampaknya. Jadi saya decide untuk ke Children's Grand Park. Untuk itu perluu transit di Konkuk University Station. Maka saya mengambil kesempatan ini untuk pergi melawat Konkuk University yang mana terasnya ialah Art and Design. Siap ada panggung wayang dalam University dia ni. Hebatkan.







3)Children's Grand Park
Subway Children's Grand Park Station, Line 7, Exit 1. 
Suka sebab masuk percuma. Cantik dan besar sangat taman ini. Ramai kanak-kanak dan orang tua. Dalam taman itu ada beberapa bangunan. Saya hanya sempat meneroka satu sahaja tapi tak tahu namanya apa tapi di sini dia memperkenalkan tentang air, peranan air, memproses air, kegunaan air dan semuanya tentang air kepada kanak-kanak. Maka saya menjadi kanak-kanak ribena sebentar. Saya cuba semua aktiviti di sini. hahaha 










Ok sudah pukul 5 petang, perlu pulang segera sebab hari ini kami akan pergi berbuka di Itaewon. Anyeong~


Wednesday, August 6, 2014

MMCA, National Museum of Korea & Buk Seoul Museum of Art

Untuk kelas pertama saya, Visual Art for Elementary School Teacher banyak membuat lawatan ke museum-museum. Dr Oksun Lee dan kami classmate semua menaiki subway untuk ke musem tersebut. Best la juga sebab museum di sini ada sediakan aktiviti yang menarik jadi tak bosan sangat. Tambahan pula semua pelajar subjek ini dibenarkan masuk secara percuma..jimat duit poket eden..yahooo ^_^

1) National Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA)
Subway Angguk Station, Line 3, Exit 1, Jalan kaki sikit dalam kira-kira 10 minit da jumpa MMCA ni. First impression tentang MMCA ni punyalah besar museum ni, ada 3 bangunan. Biasanya muzium kan sinonim dengan benda-benda lama, tapi di MMCA ini cantik dan moden sangat bangunannya. Nama pun muzium art, jadi banyak hasil seni dipamerkan di sini.




2) National Museum of Korea
Subway Ichon Station, Line 4, Exit 2. Antara ketiga-tiga muzium, saya paling suka muzium ini kerana dia memang hebat dan terdapat banyak aktiviti di sini pun menarik seperti mewarna atas kipas. Besar jugalah muzium ini.  Ada terdapat jenis koleksi khazanah dan harta karun lama. Teruja jugalah tengok.






3) Buk Seoul Museum of Art
Subway Hagye Station, Line 7, Exit 1. Muzium ini agak kecil daripada dua muzium tadi. Tetapi yang menarik di muzium ini banyak lawatan kanak-kanak sekolah tadika yang datang. Comel-comel sangat. Mungkin sebab di muzium ini ada pameran tentang robot pada ketika itu.  





Tuesday, August 5, 2014

Tips nak beli souvenir murah di Korea

Shopping Paradise!! Kalau nak beli oleh-oleh untuk keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan sinilah tempatnya. Namdaemun Market untuk barang-barang tradisional dan Myeongdong Market untuk barang-barang moden. 
Namdaemun Market (Subway Hoehyeon Station, Line 4, Exit 5)
Myeongdong Market (Subway Myeongdong Station, Line 4, Exit 5,6,7,8)
Anda boleh berjalan kaki untuk pergi antara Namdaemun dan Myeongdong. Dekat sahaja.

Setiap kali pelajar Summer School daripada Ajou, University, Suwon datang ke Seoul, kami mesti bawa mereka ke sini sebab dekat sinilah paling banyak pilihan dan paling murah. Memahami yang ini sahaja peluang untuk mereka membeli souvenir sebab di Suwon agak sukar nak cari dan mahal. Saya pun beberapa kali jugalah singgah di sini untuk membeli souvenir  dan ada yang ditempah untuk bawa pulang ke Malaysia. Setiap kali keluar akan membawa beg tambahan untuk masukkan semua barang-barnag dalam beg tu. Ala beg yang dapat free kalau pergi program yang boleh dilipat-lipat masuk dalam handbag.

Namdaemun Market ini ada jual keychain, magnetic fridge, baju I love korea, sarung bantal, hanbok dan bermacam-macam lagi accessories. Kalau keychain dan magentic fridge beli dalam bagunan bertingkat, ianya lebih murah daripada beli kedai yang ada di luar. Tapi kena survey dulu harga dan kena pandai tawar menawar. Kalau baju t-shirt Korea pula beli di luar bangunan tapi cari kedai yang murah. Paling murah saya jumpa 3 helai untuk 10 000 won. 





Kalau sesatdi Namdaemun saya mesti cari bangunan ini.
Myeongdong Market pula adalah tempat kalau nak beli beg, kosmetik, topi dan sebagainya. Di sini juga banyak gerai yang jual makanan Korea. First time saya makan Tteokbokki di sini bersama-sama pelajar Ajou University.

pintu gerbang myeongdong market sempena seoul summer sale 2014

Sedap sangat, tapi bila sudah berbuka baru dapat makan



Berbaju merah itu ialah orang yang tunjuk arah. Jadi kalau ingin tahu tentang menarik dikawasan sekitar atau sesat jalan bolehlah rujuk kepada mereka. Kebanyakan tempat di Seoul ini ada orang berbaju merah ini.

Add widget

please add widget