Tuesday, August 5, 2014

Ceritaku dan Surau di Hanyang University

Surprise!! Sudah masuk minggu ke 2 baru tahu yang di Hanyang University ini ada surau.
Lokasinya di Level 1, Engineering Building 2. Surau ini sangat penting bagi saya sebab saya perlukan tempat solat dan berehat sementara waktu menunggu kelas ke 2 pada pukul 4 petang.

Hari pertama semasa cari surau ini tidak berjaya sebab tersalah informasi tentang direction dan rasa sangatlah payah dan hampir nak menangis. Kepenatan dan kesesatan jalan dengan membawa beg yang berisi laptop yang berat. Mungkin sebab kena berjalan jauh dan keadaan geografi universiti ini yang berbukit-bukau membuatkan rasa sangat-sangat tak larat. Last-last balik bilik juga.

Hari kedua cari semula surau itu, dengan mengikut arahan direction yang betul. alhamdullilah jumpa! Ujian apalah pula kali ini. Seorang budak dalam usia 12 tahun daripada Pakistan tak bagi masuk surau itu sebab ayahnya sedang tidur. Masa ni saya tak tahu sama ada patut bertegas untuk masuk atau biarkan saja. Bila fikir-fikirkan balik, jam 12-1 tengahari waktu rehat pejabat, mungkin ayahnya terlalu penat nak berehat sekejap sebab tu anaknya yang kasihankan ayahnya sanggup jagakan pintu surau tu. Jadi saya pun beredarlah dari situ. Sampai jam 1.05tengari saya pun pergi semula ke surau itu. Pada waktu ini saya bertemu dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Hanyang Universiti ini. 

Apabila melangkah kaki ke dalam surau ini, ada dua perasaan timbul, gembira dan sedih. Gembira sebab akhirnya berjaya masuk ke surau ini. Sedih keadaan surau yang tidak terurus. Monolog dalamanku berbicara.
 "Aku tak boleh mempersalahkan sesiapa sebab surau ini kelihatan bersepah, sebab ini surau awam, aku juga menggunakan surau ini, jadi jika aku tidak menguruskannya, aku juga perlu dipersalahkan. Insyallah, satu hari nanti aku akan kemaskan surau ini."

Hujung minggu pada minggu ketiga, saya tidak kemana-mana sebab masih menghormati tragedi MH17. Jadi saya menggunakan hari tersebut untuk mengemaskan surau ini. Sememangnya hari minggu tak ramai yang ke fakulti. Tapi anggaplah macam pergi kuliah pada hari Ahad. Pergi sahajalah. Lebih mudah urusan mengemas sebab tak ada sesiapa yang masuk surau itu pada hari tersebut..emm kalau bab memasak sememangnya saya akan kalah, tahap keyakinan 10%. Tapi bila bab mengemas, sayalah anak mak yang paling pandai mengemas rumah. 100% confident! hahahha

Tanpa membuang masa dan dengan perasaan gembira mulakan operasi sehinggalah selesai.

jom mulakan operasi

sebelum

Semasa memunggahkan..buku fizik dan statistik pun ada tau. hehe

sebelum dipunggahkan

selepas dipunggahkan..emm tapi yang dalam almari tu ada barangan peribadi pelajar sini, (siap ada notis do not open) jadi tak berani nak sentuh/kemaskan. takut menjadi isu kalau2 tetibe ada barang yang hilang.

Selepas dikemaskan, saja tinggalkan satu sejadah sebab dia tak ada penunjuk arah kiblat. Masa hari pertama saya solat di sini agak tercari-cari juga tanda arah kiblat. Nasib ada pelajar Malaysia di sini yang tunjukkan.

Saya buatkan surau ini juga sebagai tempat belajar saya sebab ada meja yang agak besar daripada meja di bilik saya dan selesa. 

Alhamdullilah, gembira sangat hari ini.  Harap dapat memberi keselesaan pada jemaah yang lain juga. Untung juga saya dapat meja belajar baru. yabedabedu..


No comments:

Post a Comment

Add widget

please add widget