Sunday, June 29, 2014

Hari Ketiga : Hanyang University. Tips Tanya Arah.

      Hari kuruskan badan. Seriously berapa banyak kali saya timbang berat. mentang-mentang penimbang ada disediakan di depan pintu..hahaha. Program hari ini, jalan-jalan cari Hanyang University.

      Oleh sebab esok pagi kami perlu ke Paiknam Concert Hall. Berdasarkan maklumat yang diterima, Ia dekat sahaja dengan asrama dan boleh berjalan kaki sahaja. Jadi kononnya hari ini nak test dululah mencari jalan untuk ke sana. Emm dari satu kesesatan ke satu kesesatan melanda. Ya Allah, tak biasa jalan kaki dengan sangat jauh. Bertangga-tangga. Berbukit-bukau. Berpeluh-peluh. Tapi muka kena sentiasa maintain cool dan macho. yeahh..

      Seperti biasa, tapi kali ini lagi worse sikit sebab kami tidak mempunyai university map (ada pun dalam tulisan korea). Maka kenalah tanya orang awam untuk pergi ke Paiknam Concert Hall Hanyang University. Untuk itu saya nak kongsi tips yang boleh digunakan untuk bertanya arah kepada orang Korea berdasarkan pengalaman pada hari ini.

Tips-tips Tanya Arah Tempat di Korea 
1) Sebut dengan jelas Perkataan Nama tempat yang hendak di tuju. Sebab kami pun lupa Paknam? Piknam? Sudah orang awam pun tak tahu di mana tempat itu..haha
2) Bawa pen dan kertas. Senang sikit mereka nak lukis. Terutama jika bertanya kepada orang perempuan. Sebab orang perempuan lebih senang untuk visualize dan lukis map dengan agak boleh faham. Orang lelaki, emm hanya ada garisan putus-putus dan garisan memanjang. ha..langsung tak faham wey..haha
3) Tanya pada orang  muda. Bukan bias tapi kesian kot ahjumma dan ahjussi nak terangkan dalam English. Last-last tunjuk bahasa isyarat je la. 
4) Tanya pada lelaki..oppa. Kadang-kadang orang lelaki di sini agak rajin, sampai bawa kami ke tempat tersebut. Paling koman pun bawa sampai tempat yang boleh senang kita tengok jalannya. emm
5) Tanya pada pasangan couple yang sedang berdating. Ha..kenapa ya? Sebab masa ni lah masing-masing nak tunjukkan keserasian mereka. Masing-masing berkelakuan baik, hebat, bekerjasama dan bijaksana di depan partner masing-masing. Kebanyakannya pasangan couple ini akan bersungguh-sungguh memberi penerangan yang terperinci dan jelas dan nampak so sweet..candy crush~
6) Tak perlu bertanya pada seseorang yang pakai earphone atau headphone atau tiba-tiba jalan dengan sangat laju. Sebenarnya mereka bukan tak nak tolong, tetapi mereka tak fasih English. Ini kisah benar. emm jadi kita kena faham situasi mereka ok.

      Akhirnya sampailah kami ke Paiknam Concert Hall. Alamak, tak ambil gambar pula. Mungkin kepenatan yang amat kot. cehh..tidak mengapa, esok saya pergi lagi, saya ambil gambar banyak-banyak tau ^_^


Hari Kedua : Itaewon

Wake up..wake up..peghhh lapar wei...haha sarapan kanak-kanak tajaan Kamis. alhamdullilah kenyang.

      Now, we are saying goodbye to Chai and Nita at Wangsimni station. Semoga urusan mereka ke Ajou University dipermudahkan. Mereka sudah sampai dengan selamat pun. haha. Kemudian saya dan Kamis yang tak ada arah tuju mulakan kehidupan kami dengan window shopping di Wangsimni Station tu. haha tak beli apa-apa pun. Ada la Kamis sukakan sehelai jaket tu. Agak murahlah juga tapi dia kata kena jimat. emm kuatlah juga iman dia dalam bab bershopping. Kalau saya yang shopping, tak kisah tak makan. asalkan dapat beli yang  best. hahaha

     Then sementara nak tunggu Kamis try jaket-jaket tu. Saya duduk di bangku di tepi dinding. Sekali ada oppa kacak ni duduk sebelah. Dengan selambe saya pun tegur. Tanya di mana nak beli simkad. Oppa ni pandai speaking English sebab dia pernah belajar di Filipina dulu. Sebenarnya dia sedang tunggu girlfriend dia, boleh pula awek lain kacau dia kan. haha Tak kisahlah sekali-sekala kacau orang date. Oppa and his girlfriend pon bawalah kami membeli simkad. Dari satu kedai ke satu kedai. Ok hari sabtu dan ahad tak ada jual simkad. Hari isnin baru ada. Ok tamatlah cerita kami dengan pasangan couple ini. Terima kasih dan sorry disturbing your date. Bye2..



Radhiah : Ok Kamis, kita nak ke mana sekarang?
Kamis   :  Kita try pergi Hanyang Universiti nak? Tengok macam mana. 
Radhiah : Ok. 
Kamis    : Tapi sebelum tu kita balik bilik dulu. Nak ambil map.
Radhiah : Ok, akak pun nak kemas barang kejap. 

Selepas 1 jam kemudian. selepas keluar bilik.

Radhiah : Ok Kamis, kita nak ke mana sekarang?
Kamis    : Apa kata kita pergi Itaewon, sebab esok dah nak puasa.
Radhiah : Ok, boleh kita beli ayam dan daging halal buat sahur nanti. 

Dialog rekaan semata-mata..hahaha 

Selepas keputusan dibuat, kami pun menuju ke subway. Yeay..Itaewon mu tunggu kami datang.

         Sampai sudah di Station..emm nak pergi arah mana ya? Seperti biasa gunakan keselambeaan untuk bertanya arah..ok, pergi ke Exit 3, terus smpai jumpa kedai MR. Kebab belok kanan. Inilah masjid Itaewon, gah di atas bukit...semput nak naik..huhh..

Pemandangan dalam masjid

Pemandangan luar masjid




Oh ya..alhamdullilah dapat berkenalan seorang warga Malaysia di sini. Namanya Ana. Manis orangnya. Dia kerja di sini sebagai babysitter kepada Pak ciknya.


Sebelum pulang kami sempat makan  dan shopping ayam halal. Ok selamat berpuasa semua. 




Hari Pertama : Dari Kuala Lumpur Tiba di Icheon ke Wangsimni.

           Bermulalah geng pengembaraan upin dan ipin..yeah!!

        Seawal 3 pagi, Abg An bawa saya, Mak , Adik, Kak Ain, Alya dan Airishah ke lapangan kapal terbang KLIA2. emm cantik dan tersusun KLIA2 ini jika dibandingkan dengan LCCT. Kami sampai di KLIA2 pada jam 5.30pagi.

        Pertama sekali sampai terus contact Kamis yang sedang hendak solat subuh, alhamdullilah..hehe. Kedua contact Irene Chai. Chai ni classmate saya masa dulu. Dia pun pergi Summer School di Korea juga. Tapi di Ajou University. Selepas kami bertiga check in luggage, Abg An belanja sarapan. After that, time to say goodbye to my family..annyong~sob3 

terima kasih abg an sekeluarga sudi bawa adi ke KLIA2 pagi-pagi buta.
gambar tajaan daripada FB abg an.


        Kami bertiga meneruskan proses seterusnya. Yang ni leceh sikit. Semasa nak scan barang untuk bawa naik atas flight. Boleh pula dia nak bunyi. tet.tet.tet. Ok sila buka tali pinggan anda. emm nasib pakai baju labuh sikit dan pakai sweater, jadi semasa operasi masih lagi nampak sopan di situ..kah3.

Atas flight??
Tidur, makan, borak dengan Kamis, tumpang sibuk tengok movie pada orang sebelah dan yang best, usha pramugari. Ada seorang tu cun sey..hehe

       Setiba sahaja di sana terus online sebab perlu contact Jay yang uruskan penginapan kami di sini menerusi Kakaotalk. Nasib airport ada wifi. alhamdullilah. Oleh sebab Chai dan partner dia Nita tiada tempat untuk bermalam jadi dia bermalam di bilik saya pada hari itu.

            Masa untuk decide nak naik bas ke, teksi ke, subway untuk ke Wangsimni. Sekejap. Tiba-tiba saya macam pending masa  ni. Kakiku betul-betul kepenatan dan rasa dah start nak mengigil. Apa lagi, Kamis dan Chai yang uruskan untuk buat keputusan ini. Oleh sebab ada student Korean-UTM yang sama flight dengan kami, jadi kami tanya sahaja pada mereka ketika itu. Baik juga mereka. Terima kasih kamu bertiga. Ok, Kos tambang serta berat dan besar luggage diambil kira. Yelah berat kot. Kesian Kamis bawakan luggage saya yang 21 kg. heyy bawa batu ke apa? hehe Terima kasih banyak Kamis. After decided, kami pilih untuk menggunakan subway. Itu yang paling murah. Jimat. Sebelum itu kami beli dahulu kad T-Money di 7Eleven dan topup 10 000KRW. Nanti jika ada kelapangan saya update terangkan tentang subway ya ^_^

       Setiba di Wangsimni Station. Perlu contact Jay, tapi wifi tak ada. hurmmm.. dengan muka slamber, tegurlah sesiapa sahaja warga Korea yang ada lalu di situ yang macam tak rushing untuk minta bantuan. Minta tolong telefon Jay. Terima kasih unni dan oppa yang sudi tolong kami. Kalian memang baik hati. Kami tunggu sampai Taeyong (kawan Jay) datang. Kami pun berjalan kaki dalam 10 minit ke Well-Livingtel. Inilah tempat penginapan kami.

       8 malam. Kami meronda kawasan sekitar yang dekat. Ada apa yang menarik ya? Rupa-rupanya di Wangsimni station tadi ada Shopping Mall. Besarlah juga dan nampak grand sikit. Setelah itu, kami pulang untuk mengupdate SNS masing-masing dan tidur..zzZ



Wednesday, June 25, 2014

3 Hari Sebelum



10.37am..
 telefon bernyanyi ~anino mamano~ hehe lagu Frozen in Japan. Ok mak telefon " dah siap ke belum?" Oppsss..semestinya belum. Ok terus start packing bag. Lipat kain baju, makanan, barangan harian, barangan pembelajaran (laptop). Siap packing, kemas bilik sikit. Walaupun saya tahu orang yang bakal duduk di bilik saya semasa ketiadaan saya adalah seorang yang suka mengemas, tapi tak baik mengambil kesempatan. hahaha.. Selepas berhempas pulas all done pada 4.00pm. Thanks to Izzati dan Atira sudi tolong dan menemani hari ini.

Sampai rumah apa lagi, first attack periuk nasi!!! makan bagai orang kebuluran..lepas tu kutip mangga jatuh dihalaman rumah..peghhhh marvellous..chincamashikita..abang ngan dan abg cah datang untuk cik adi bermain dengan anak-anak buah cik adi la. family time. 

Ok nak bersembang-sembang. bye-bye ^_^

4 Hari Sebelum

       Esok saya akan pulang ke rumahku syurgaku di Melaka. Oleh itu, pada hari ini, saya berlegar-legar di sekitar fakulti untuk beberapa jam. Semestinya wajib jumpa mamaku dan kakakku. Mamaku memberi bekalan makanan untuk makan di Korea nanti. Erkk..terkedu ketika itu, jantung berdegup laju. dup dap dup dap.. blushing2 ..wink2..hamboi macam orang bagi cincin nak melamar pula..haha over gitu..terima kasih mamaku.

    Kakakku pula yang best ayatnya "Awak yang nak pergi Korea, saya pula yang risau". Hahaha berdasarkan nasihat-nasihat yang diberikan oleh mamaku dan kakakku terbuktilah mereka pun risau sebenarnya saya nak pergi Korea ni. Masing-masing ceritakan pengalaman belajar di negara orang. Best sangat. Ada yang luggage lambat sampai. Ada yang kerinduan anak..sob3..dugaan mematangkan kita - kedua-dua bagi penyataan yang sama..haha..But for me, from my side diriku berkata : Hebatnya seorang perempuan boleh pergi sendiri belajar di negara orang seorang diri. Itulah mamaku dan kakakku : wanita yang hebat. Hope saya pun boleh jadi seperti mereka. Amin.

     Kemudian pergi ketuk bilik beberapa pensyarah perempuan untuk melawat dan ada juga untuk urusan tugasan (pensyarah lelaki tak ketuk sebab tak berani sebab tu supervisor pun kalau boleh nak perempuan..haha). Ada yang tahu saya nak pergi Korea. Ada yang tak tahu, saya cakap datang saja kononnya Ramadan, mohon restu salam sikit..*feeling bless*

      Selesai urusan di fakulti, saya terus ke Pusat Kesihatan UTM. Alamak tak bawa kad matrik pula! Aduhai. Tapi alang-alang dah sampai, pergi saja ke kaunter. Ala boleh saja. Hanya perlu sebutkan No Kad Matrik. Nanti abang nurse tu taip, keluarlah data kita. Jadi semuanya ok dan berjumpa dengan Doktor. Kali ini tak dapat dengan doktor yang saya dah biasa, maka tak beranilah nak minta ubat lebih-lebih. Hanya minta Paracetamol(Panadol) dan Zyrtec. Peghh hebatkan saya boleh sebut nama ubat tu dekat Doktor. Paracetamool untuk segala sakit-sakit ringan seperti pening, demam dan tahan sakit. Zyrtec pula ubat untuk alergic saya. Saya perlu ingat nama Zyrtec sebab kadang-kadang Doktor akan bagi ubat yang lain (untuk alergic saya) tapi tidak berkesan. Ubat-ubat ini hanya untuk kecemasan saja. Kebiasaannya saya akan bertahan atau tidur. Kalau tak boleh tahan sangat barulah telan ubat ni.

     Ok cerita itu berakhir 1.30tengahari. Ada beberapa perkara perlu diuruskan sebelum pulang ke kampung halaman. wo..wo..wo ..balik kampung..tanam jagung~

Sunday, June 22, 2014

Bajet Pengurusan Hanyang International Summer School 2014 (HISS 2014)

Manalah tahu jika ada kawan-kawan yang lain berminat pergi HISS untuk tahun-tahun hadapan.
Untuk maklumat berkaitan yuran, boleh klik link dibawah ini.

Fees and payment from Hanyang International Summer School 2014

atau secara kasar bajet yang dah siap dikira dan dikeluarkan untuk HISS 2014 yang bakal berlangsung pada 27 Jun 2014 - 27 Julai 2014 di  Hanyang University Seoul Korea.

No.
Perkara
Harga Korea
(KRW)
Harga Malaysia
(RM)
1.
*Application fee from Hanyang University 
 100 000
330
2.
*Tuition fee from Hanynag University
(oleh sebab daftar sebagai student exchange dapat separuh harga)
  1 400 000
 4 242
3.
Tiket Flight pergi dan pulang 
(MAS-KOREA-KOREA-MAS : naik Air Asia saja sebab yang lain mahal sangat)
 476 520
 1 444
 4.
 Penginapan
(oleh sebab asrama kampus sudah penuh jadi saya duduk diasrama luar-cari sendiri, kira harga sama dengan asrama kampus.)
 390 000
1 182


TOTAL

2 366 520


7 198
Nilai pertukaran matawang KR↔ RM bergantung kepada currency semasa
Kredit kepada Kamis yang rajin nak kira-kira ni semua kerana semestinya saya tidak suka matematik. 

Untuk Application fee dan Tuition fee adalah wajib dibayar sebanyak itu harganya. Harga yuran mengikut universiti masing-masing dan Hanyang Universiti ini antara yang mahal yurannya ala-ala Universiti ape ek yang mahal yurannya di Malaysia ini? hahhahaha
Manakala Tiket Flight dan Penginapan bergantung kepada harga pasaran semasa. 

Ok. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UTM International Affairs yang sudi memberi penajaan  kepada saya. Kepada keluarga yang semestinya sentiasa ada diwaktu poketku gemuk ataupun kering. Kepada pensyarah-pensyarah UTM terutama sekali Mamaku dan Kakakku yang baik hati, pemurah dan penyayang. Kepada kawan-kawanku yang sama-sama tolong mengumpul dana, juga yang telah beri pinjam duit dahulu (sudah bayar balik ae ^_^) dan juga yang telah memberi sokongan serta cadangan kepada saya. Hantori arigatou ney!!  Ha..sungguh beruntung yang amat dapat orang-orang yang baik disekeliling kita kan. alhamdullilah. semoga kita semua masuk syurga sama-sama tau.

Emm...topik bajet ini  tidak berakhir setakat di sini sahaja sebab saya belum cerita lagi tentang perbelanjaan makanan, pengangkutan awam, lawatan dan shopping di Korea lagi..ha jadi nantikan bajet-bajet tersebut semasa saya sudah berada di sana nanti ya. Ok bye!  ^_^

Thursday, June 19, 2014

About me

Nama diberi Radhiah.
Asal Melaka.
Kini masih menuntut di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Pendidikan.. emm bakal cikgu..insyallah..
dan yang penting..masih baru dalam dunia Blogging ini..haha hentam saja la nak tuliskan...apetah lagi design blog..haha

Pada 27 Jun 2014 sehingga 27 Julai 2014 saya mengikuti Program Summer School di Hanyang Universiti Seoul, Korea. Saya pergi bersama-sama seorang pelajar UTM, Mohamad Kamis daripada Fakulti Pengurusan. Oleh itu, saya jadikan blog ini sebagai 'diari' kot..selain itu nak berkongsi ilmu dan pengalaman ini kepada anda semua. Yang baik jadikan pedoman, yang tak baik jadikan sempadan. Here we go~Dae Han Min Guk!


Monday, June 16, 2014

Macam mana nak sertai Summer School UTM?

Macam mana dapat peluang sebegini??
Bangun tidur dan  buka email..tada...dapat invitation ke Summer School Program..hahha berangan jekk...Semestinya tidak.
Anda perlu ikuti beberapa step untuk dapat pergi ke Summer School Program dibawah International Affairs Universiti Teknologi Malaysia (IAUTM). Ala senang saja....semudah ABC.

Step 1 : Pergi ke website international affairs.

http://www.utm.my/internationalaffairs/summer-school-program-abroad/

Baca terma dan syarat dan yang penting deadline untuk hantar permohonan. Sebelum itu pastikan anda layak dalam kategori yang disebutkan oleh Program tersebut jika anda tidak mahu kecewa direject tanpa belas kasihan..huhu kemudian jika rasa ada yang berkenan di hati. ok boleh teruskan ke next step.

Step 2 : Permohonan.

Download borang permohonan yang ada di website tadi. Hantar borang tersebut beserta lampirkan sekali dokumen-dokumen yang dikehendaki ke pejabat IAUTM di F54. Hanya 1 permohonan untuk 1 Universiti. Jadi kalau anda nak hantar permohonan untuk semua Program Summer School tu pun boleh. Serius ni boleh tau. Kemudian tunggu dan cek selalu email untuk ketahui respon daripada mereka. Ambil masa berminggu atau berbulan jugalah. Kalau tiada respon, fahamilah maknanya dan jangan pernah berharap lagi..sob3

Step 3: Ujian Personaliti

Selepas borang permohonan ditapis-tapis dan anda layak untuk menduduki ujian personaliti. Masa saya dulu ada la dalam berpuluh orang juga kot yang pergi ujian personaliti ni. Apa lagi berentaplah, tengok siapa paling power..haha Tempat, tarikh dan masa akan diberitahu dalam email. Kalau rasa tak tahu ujian personaliti tu macam mana, boleh cari di google banyak ujian personaliti dan anda boleh cuba. Kalau nak lagi advance, boleh pergi ke pusat kaunseling UTM. Ujian ini dalam 15-20 minit saja. Ujian komputer jadi tak payah risau. Cuma klik-klik jawapan saja. Kemudian tunggu lagi dan cek email selalu. Bolehlah tunggu paling lama 2bulan.  Kalau lama sangat tiada respon. Ok bye..

Step 4 : Temuduga.

Hanya beberapa orang sahaja yang melepasi ujian personaliti akan dipanggil temuduga. Masa saya dulu hanya 3 orang sahaja yang layak untuk temuduga ini, Saya, Kamis dan Eric. Bayangkan macam manalah dia tapis sampai 3 orang sajakan. Tapi alhamdullilah, nama saya tersenarai. Ok tempat, tarikh dan masa akan diberitahu dalam email biasanya dibuat di IAUTM. Macam saya hari itu kene presentation interview. Mula-mula buat presentation dahulu (tajuk presentation dinyatakan dalam email) dan kemudian baru interview. 
Tips presentation interview:-
 1)Slide presentation buat gunakan Powerpoint 97-2003, tak payah nak tunjuk hebat sampai guna Prezi sebab desktop disitu dah lama, tak dapat support file yang berat. Slide dalam 10 pages dan ke bawah.
2)Soalan-soalan interview?? rahsia!!! hahhaha hamboi-hamboi..saja-sajalah..emm yang penting anda tahu kenapa anda perlu ke Summer School Program dan kenapa anda pilih Universiti tersebut. Semestinya anda perlu tahu isu semasa di negara Malaysia dan juga negara yang anda nak pergi tu..1 ke 2 isu pon da ok sebenarnya atleast nampaklah berilmu sikitkan..kalau tak senyum kambing sajalah..dan pasrah kalau-kalau diri direjct tak semena-mena. Ok next, apa lagi tunggu email lagi la..kalau tak dapat apa-apa email. Ok sila cuba lagi ^_^

Step 5 : Tahniah anda telah lulus untuk ke Summer School Program

Kalau sudah dapat ucapan tahniah itu, sudah terang lagi bersuluh anda telah berjaya untuk pergi ke Summer School Program. Alhamdullilah untuk Hanyang Summer School Program 2014 yang lulus adalah 2 orang sahaja iaitu saya dan Kamis. Kasihan Eric, sedih dia masa ni, tapi sekarang dia dah happy sebab sejurus dia dapat tahu keputusan ini, dia terus apply summer school program di SKKU, Korea dan dia berjaya untuk pergi sana pada bulan Julai ini juga. Jadi kami boleh jumpa di sana.

Ok dalam email ini pun ada nyatakan sekali apa yang perlu dibuat seterusnya dan pastikan anda tidak terlepas pandang. Jumlah penajaan yang diberikan oleh IAUTM juga diberitahu. Jadi anda dah boleh start kira-kira perbelanjaan yang berapa banyak lagi duit yang perlu ditambah sendiri.

Step 6 : Pendaftaran Summer School Program

Semestinya anda perlu daftar sendiri untuk mengikuti ke Summer School Program  melalui website yang diberikan (website Universiti yang nak pergi tu). kenapa nak kene buat sendiri, bukan UTM uruskan ke? hamboi banyak cantik, kan dah besar. so kenalah pandai berdikari..advantage juga anda dapat tahu lebih detail tentang proses dan mendapat lebih info tentang program summer school yang anda nak pergi tu..hehe..selepas sudah daftar, emailkan cepat-cepat borang atau pernyataan atau apa-apalah yang membuktikan anda sudah mendaftar ke email pihak IAUTM.


  Step 7 : Surat kelulusan Summer School Program dan Cheque !

Selepas anda tunjukkan bukti tadi, barulah surat kelulusan summer school anda ini akan diluluskan oleh TNCA dan di faxkan ke pejabat dekan fakulti. Jadi selalulah tanya setiausaha dekan sama ada surat kelulusan tu dah keluar ke belum.

Pentingnya di sini, cek juga akan keluar sama tarikh dengan surat kelulusan tersebut. jadi jika anda mahu cek keluar awal, cepat-cepatlah buat step 6 yang saya katakan tadi. Jadi anda boleh pergi ambil cek di Pejabat bendahari UTM aras 2..emm Dalam surat kelulusan itu ada tulis berapa nilai sebenar cek penajaan yang anda dapat yang telah diluluskan oleh TNCA. mungkin berbeza nilainya daripada yang dinyatakan daripada email seperti yang saya katakan dalam step 5.  Mungkin berkurangan, maka bolehlah buat rombakan dan kira semula perbelanjaan.

Step 8 : Pendaftaran subjek.

Pendaftaran subjek akan dibuka pada tempoh masa yang tertentu. Jadi kenalah selalu alert pada website Summer School Universiti Tersebut. Jangan terlepas pandang ok.

Step 9 : Pembayaran yuran

Yuran perlulah dibayar sebelum tamat tempoh pembayaran. Anda boleh gunakan CIMBClicks atau apa2 clicks la. Asalkan bayar. Kaedah pembayaran akan dinyatakan pada website universiti tersebut.

Step 10 : Isi borang Permohonan Lawatan ke Luar Negara untuk Pelajar

Borang ni anda boleh ambil di unit aktiviti pelajar di pejabat HEMA yang sekarang ni dah pindah di Galeria Pelajar di KTDI.

Step 11: Buy flight ticket and Get prepared.

Flight tiket kena beli sendiri dan mungkin guna duit sendiri. Jadi bolehlah start searching maka yang ok dan teruslah book. Di sini juga anda dah kena confirm di mana anda akan menginap sepanjang program tersebut. Jadi anda boleh tahu apa kemudahan yang disediakan di sana. Contohnya kalau sudah ada dia sediakan iron, jadi tak payahlah bawa.

Untuk preparation di sana, emm yang penting makanan. atleast bawalah makanan untuk anda servive selama 1 minggu. Lepas tu, cuaca kena tahu juga sebab baju apa sesuai nak bawa. emm rasanya yang lain anda lebih expert kot nak bawa apa.

Peringatan aka Nasihat : Jangan bawa barang dan duit saja, bawa sekali ilmu di dada..sebab kan kita nak pergi untuk belajar bukannya untuk bercuti. Niat untuk cuti pun adalah juga..ehhe ^_^


Good Luck!!

Thursday, June 12, 2014

2 minggu sebelum

Hari ini Nisfu Sya'ban, apa lagi, puasa la kan..hehe
Sebenarnya nak cakap yang tinggal 2 minggu sahaja lagi untuk saya bertolak ke Korea. Bunyi macam best dan tak sabar-sabar. Tapi dalam hati Allah saja yang tahu debarnya. Bukan kerana risau atau takut kehidupan di Korea nanti tetapi risau kerja-kerja yang sepatutnya siap sebelum pergi ke Korea masih lagi tak siap-siap dalam proses.


Tambahan lagi supervisor pun turut risau tentang kerja saya ini..kasihan mamaku dan kakakku. Jadi harap-harap saya boleh siapkan semua dengan hasil yang terbaik (bukan hasil kerja yang cincai) dengan cepat. Jadi saya punya sedikit masa untuk buat persediaan dan mencari kelengkapan untuk ke Korea. Mak dekat rumah dah call tanya tentang preparation untuk ke Korea ni..comelkan mak saya..caring sangat.. Kesimpulannya, jika kerja yang nak dihantar siap dengan cepat, maka ada masa untuk prepare ke korea, Maka semua orang disekeliling saya dah tak risau lagi..ish2 suka buat orang risau ye kamu ni Radhiah??..hihihi..

Good Luck Adi Radhiah..go go chaiyok! 



Add widget

please add widget