Wednesday, July 9, 2014

Hari Ke-5 : Kelas pertamaku di Hanyang University & Rutin Hari Kelasku

Sebelum tu saya belanja gambar Hanyang University dulu.


Dan yang ini fakulti saya, sebenarnya kebanyakkan kelas-kelas summer school dibuat di sini.


Saya mengambil dua subjek, satu kelas awal pagi dan satu lagi lewat petang.

No
Kelas
Waktu
Tempat
1
Visual art for Elementary School Teacher
9.00pagi – 12 tengahari
Bussiness School (401)
2
Media Construction
4.00petang – 7 petang
Bussiness School (405)

Kelas pertama : Visual Art for Elementary School Teacher

       Yup..kelas ini untuk cikgu-cikgi yang akan mengajar art di sekolah rendah. Pensyarah bernama Dr Oksun Lee (perempuan tau). Currently a lecturer at University of Oklahama, USA. Kiranya bukan setakat student sahaja yang exchange, malah lecturer pon exchange juga. Boleh pula masa introduce ourselves dia minta nyatakan sekali : Kenapa saya ambil subjek ni? Sebab apa nak datang join Summer School ini? Haha bagi seorang yang pemalas nak berfikir secara akademia dan explain too much then i just give the simplest answer :-
1)  I join this class because this course offer a lots of fields trip. (dalam 14 kali perjumpaa, 6 field trips)
2)  I like to join this Summer School because I want to go to Korea to see Korea in real life which is before this I just watch in the K-drama.

        Penilaian? emm kami perlu ada sketchbook dan setiap kali perjumpaan ada tajuk diberikan sebagai homework. Untuk perjumpaan pertama ini ada 3 tajuk untuk di sketch dan di ceritakan dalam buku tersebut. Aigoo sangat leceh ok nak buat siapkan homework sketch2 ni. Kemudian kami juga diberi jurnal/article untuk dibaca dan diulangkaji sebelum perjumpaan seterusnya sebab akan ada kuiz berdasarkan jurnal/artikel tersebut dalam kelas tersebut. emmm ha..yang bestnya nanti diminggu akhir kami akan masuk sekolah, kami akan mengajar tahun 6 tentang art. Pendapat saya...hahah bila dia cerita tentang pedagogy or teaching technique saya terasa diri inilah orang yang paling expert, tapi bila dia mula cerita tentang art, oh my..i am the worst! hahha bagi saya kelas ini macam skema sikitlah, tengoklah setiap kali perjumpaan kena ada kuiz. Pastu mesti ada homework buat sketch and reflection. Kalau 1 tajuk saja ok lah, ni nak bagi sampai 3 terus. ish tamak betul :P haha cehh marah konon. 

Kelas kedua : Media Construction

     Kelas ini special sedikit sebab it is about my interest. Basically diakhir kelas ini, pelajar akan menghasilkan satu video dalam 5-10minit. Jadi akan ada process creating a script, storyline, shooting, editing and perkara-perkara sewaktu dengannya untuk menghasilkan sesebuah video. Pensyarahnya pun diimport daripada Wheaton College, USA yang bernama Prof Park Joonhee. Seorang director untuk short movie and documentary. Kalau nak tengok hasil karya beliau, cuba search nama dia dekat Youtube. Beliau juga seorang suami yang sangat appreciate dan menyayangi isterinya.haha Soalan basic: Kenapa saya ambil kelas ini? emm sebab saya merupakan bakal seorang guru dan video merupakan salah satu alat bantu mengajar. Jadi saya nak menjadi seorang yang mahir dalam pembuatan video yang berkualiti untuk membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

          Research based approach digunakan dalam kelas ini..emm rasa rilex sedikit dalam kelas ini. Kadang-kadang kelas pun buat di tempat shopping. Maknanya tak ada kuiz or homework yang leceh-leceh tu semua. Cuma perlu membuat satu website dan satu video. Tapi bagi siapa yang sudah tahu tentang kerja-kerja pembangunan website dan video mesti tahukan betapa leceh dan berapa banyak masa diambil untuk menyiapkan 2 tugasan itu. emm tunggu dan lihat sahajalah macam mana nanti.  Dalam kelas ini hanya ada 8 orang pelajar sahaja. 5 lelaki dan 3 orang perempuan. Salah seorang perempuan di situ ada seorang yang sangat comel from Malaysia..haha ^_^

Masa lapang

            Oleh  kerana ada gap jam 12 tengahari sampai jam 4 petang tu, jadi untuk 2jam pertama saya akan buat perkara yang mengembirakan diri sendiri sama ada shopping/jalan-jalan ke mana-mana (selalunya jalan je,naik subway ke mana-mana dan stop dimana-mana, walaupun xtau pun nama tempat tu ape) / duduk-duduk lepak dan 2 jam seterusnya semestinya pulang ke bilik untuk berehat/tidur/basuh baju/ solat. Kalau ada assignment untuk kelas yang pukul 4 tu, ya terus balik dan buat assignment. 

Selepas kelas

         Apa lagi, habis kelas pukul 7 tu teruslah berlari, nak kejar solat Asar, nak kejar buka puasa. Selalunya Kamis yang tolong sediakan juadah berbuka puasa, sebab kelas dia habis pukul 4pm. Jadi selepas berbuka, solat Magrib, Isyak, mengaji, dan Terawih sampai kira-kira pukul 10pm. Seterusnya, selalunya ada 2 pilihan:-
1) Terus buat assignment, masak sahur, makan sahur, tidur sekejap,  bangun solat subuh jam 3.30am dan  tidur semula.
2) Tidur sekejap, bangun masak sahur, buat assignment, makan sahur, solat subuh 3.30 dan tidur.

             Kebiasaanya Kamis akan ikut yang pilihan 1. Jadi waktu makan sahur dia selalunya pukul 12malam. Jadi makanan sahur perlu dimasak pada pukul 11.30pm. Kalau saya pula selesa ikut yang pilihan 2 maybe sebab penat kelas petang tu tak hilang lagi kot.

Kelas Media Construction


No comments:

Post a Comment

Add widget

please add widget