Wednesday, August 6, 2014

MMCA, National Museum of Korea & Buk Seoul Museum of Art

Untuk kelas pertama saya, Visual Art for Elementary School Teacher banyak membuat lawatan ke museum-museum. Dr Oksun Lee dan kami classmate semua menaiki subway untuk ke musem tersebut. Best la juga sebab museum di sini ada sediakan aktiviti yang menarik jadi tak bosan sangat. Tambahan pula semua pelajar subjek ini dibenarkan masuk secara percuma..jimat duit poket eden..yahooo ^_^

1) National Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA)
Subway Angguk Station, Line 3, Exit 1, Jalan kaki sikit dalam kira-kira 10 minit da jumpa MMCA ni. First impression tentang MMCA ni punyalah besar museum ni, ada 3 bangunan. Biasanya muzium kan sinonim dengan benda-benda lama, tapi di MMCA ini cantik dan moden sangat bangunannya. Nama pun muzium art, jadi banyak hasil seni dipamerkan di sini.




2) National Museum of Korea
Subway Ichon Station, Line 4, Exit 2. Antara ketiga-tiga muzium, saya paling suka muzium ini kerana dia memang hebat dan terdapat banyak aktiviti di sini pun menarik seperti mewarna atas kipas. Besar jugalah muzium ini.  Ada terdapat jenis koleksi khazanah dan harta karun lama. Teruja jugalah tengok.






3) Buk Seoul Museum of Art
Subway Hagye Station, Line 7, Exit 1. Muzium ini agak kecil daripada dua muzium tadi. Tetapi yang menarik di muzium ini banyak lawatan kanak-kanak sekolah tadika yang datang. Comel-comel sangat. Mungkin sebab di muzium ini ada pameran tentang robot pada ketika itu.  





Tuesday, August 5, 2014

Tips nak beli souvenir murah di Korea

Shopping Paradise!! Kalau nak beli oleh-oleh untuk keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan sinilah tempatnya. Namdaemun Market untuk barang-barang tradisional dan Myeongdong Market untuk barang-barang moden. 
Namdaemun Market (Subway Hoehyeon Station, Line 4, Exit 5)
Myeongdong Market (Subway Myeongdong Station, Line 4, Exit 5,6,7,8)
Anda boleh berjalan kaki untuk pergi antara Namdaemun dan Myeongdong. Dekat sahaja.

Setiap kali pelajar Summer School daripada Ajou, University, Suwon datang ke Seoul, kami mesti bawa mereka ke sini sebab dekat sinilah paling banyak pilihan dan paling murah. Memahami yang ini sahaja peluang untuk mereka membeli souvenir sebab di Suwon agak sukar nak cari dan mahal. Saya pun beberapa kali jugalah singgah di sini untuk membeli souvenir  dan ada yang ditempah untuk bawa pulang ke Malaysia. Setiap kali keluar akan membawa beg tambahan untuk masukkan semua barang-barnag dalam beg tu. Ala beg yang dapat free kalau pergi program yang boleh dilipat-lipat masuk dalam handbag.

Namdaemun Market ini ada jual keychain, magnetic fridge, baju I love korea, sarung bantal, hanbok dan bermacam-macam lagi accessories. Kalau keychain dan magentic fridge beli dalam bagunan bertingkat, ianya lebih murah daripada beli kedai yang ada di luar. Tapi kena survey dulu harga dan kena pandai tawar menawar. Kalau baju t-shirt Korea pula beli di luar bangunan tapi cari kedai yang murah. Paling murah saya jumpa 3 helai untuk 10 000 won. 





Kalau sesatdi Namdaemun saya mesti cari bangunan ini.
Myeongdong Market pula adalah tempat kalau nak beli beg, kosmetik, topi dan sebagainya. Di sini juga banyak gerai yang jual makanan Korea. First time saya makan Tteokbokki di sini bersama-sama pelajar Ajou University.

pintu gerbang myeongdong market sempena seoul summer sale 2014

Sedap sangat, tapi bila sudah berbuka baru dapat makan



Berbaju merah itu ialah orang yang tunjuk arah. Jadi kalau ingin tahu tentang menarik dikawasan sekitar atau sesat jalan bolehlah rujuk kepada mereka. Kebanyakan tempat di Seoul ini ada orang berbaju merah ini.

Kelasku di Insadong Street

Hari ini untuk kelas saya yang kedua, Media Construction akan diadakan di Insadong. Prof Park dan classmates semua menaiki subway untuk ke sana. Subway Angguk Station, Line 3, Exit 6, jalan dalam 100 meter dan belok kiri.

Insadong ini tempat barangan antik. Jam lama, pasu lama, ceramik lama, tembikar lama, pakaian tradisional dan semua barangan antik terdapat di sini. Tujuan kami ke sini adalah untuk mengambil seberapa banyak gambar. Jadi semua classmates membawa kamera DSLR masing-masing kecuali saya dan Jay. Jadi kami berdua hanya menggunakan kamera smartphone kami. Bolehlah daripada tak ada ye dop.

Prof Park cakap, "Stop talking and go snap the picture"... untuk membuat video atau filem kita perlukan idea, kita tak perlu nak bercakap-cakap atau bercerita untuk mendapatkan idea filem kita. Tetapi kita perlu pergi keluar ke lokasi untuk mendapatkan idea. Mulanya saya pun tak berapa percaya keberkesanannya. Jadi saya hanya snap gambar-gambar yang saya rasa menarik. Apabila sudah pulang, saya transfer gambar ke laptop dan lihat kembali. Selepas teliti dan organize semau gambar mengikut kategori, saya dapat idea untuk video saya. Esok Prof Park nak tengok gambar dan cerita idea video. Jadi saya sudah siapkan storyboard dan skrip. Ok done for today.

Oh ya lupa nak kongsi gambar di Insadong. tada..








Ceritaku dan Surau di Hanyang University

Surprise!! Sudah masuk minggu ke 2 baru tahu yang di Hanyang University ini ada surau.
Lokasinya di Level 1, Engineering Building 2. Surau ini sangat penting bagi saya sebab saya perlukan tempat solat dan berehat sementara waktu menunggu kelas ke 2 pada pukul 4 petang.

Hari pertama semasa cari surau ini tidak berjaya sebab tersalah informasi tentang direction dan rasa sangatlah payah dan hampir nak menangis. Kepenatan dan kesesatan jalan dengan membawa beg yang berisi laptop yang berat. Mungkin sebab kena berjalan jauh dan keadaan geografi universiti ini yang berbukit-bukau membuatkan rasa sangat-sangat tak larat. Last-last balik bilik juga.

Hari kedua cari semula surau itu, dengan mengikut arahan direction yang betul. alhamdullilah jumpa! Ujian apalah pula kali ini. Seorang budak dalam usia 12 tahun daripada Pakistan tak bagi masuk surau itu sebab ayahnya sedang tidur. Masa ni saya tak tahu sama ada patut bertegas untuk masuk atau biarkan saja. Bila fikir-fikirkan balik, jam 12-1 tengahari waktu rehat pejabat, mungkin ayahnya terlalu penat nak berehat sekejap sebab tu anaknya yang kasihankan ayahnya sanggup jagakan pintu surau tu. Jadi saya pun beredarlah dari situ. Sampai jam 1.05tengari saya pun pergi semula ke surau itu. Pada waktu ini saya bertemu dua orang pelajar Malaysia yang menuntut di Hanyang Universiti ini. 

Apabila melangkah kaki ke dalam surau ini, ada dua perasaan timbul, gembira dan sedih. Gembira sebab akhirnya berjaya masuk ke surau ini. Sedih keadaan surau yang tidak terurus. Monolog dalamanku berbicara.
 "Aku tak boleh mempersalahkan sesiapa sebab surau ini kelihatan bersepah, sebab ini surau awam, aku juga menggunakan surau ini, jadi jika aku tidak menguruskannya, aku juga perlu dipersalahkan. Insyallah, satu hari nanti aku akan kemaskan surau ini."

Hujung minggu pada minggu ketiga, saya tidak kemana-mana sebab masih menghormati tragedi MH17. Jadi saya menggunakan hari tersebut untuk mengemaskan surau ini. Sememangnya hari minggu tak ramai yang ke fakulti. Tapi anggaplah macam pergi kuliah pada hari Ahad. Pergi sahajalah. Lebih mudah urusan mengemas sebab tak ada sesiapa yang masuk surau itu pada hari tersebut..emm kalau bab memasak sememangnya saya akan kalah, tahap keyakinan 10%. Tapi bila bab mengemas, sayalah anak mak yang paling pandai mengemas rumah. 100% confident! hahahha

Tanpa membuang masa dan dengan perasaan gembira mulakan operasi sehinggalah selesai.

jom mulakan operasi

sebelum

Semasa memunggahkan..buku fizik dan statistik pun ada tau. hehe

sebelum dipunggahkan

selepas dipunggahkan..emm tapi yang dalam almari tu ada barangan peribadi pelajar sini, (siap ada notis do not open) jadi tak berani nak sentuh/kemaskan. takut menjadi isu kalau2 tetibe ada barang yang hilang.

Selepas dikemaskan, saja tinggalkan satu sejadah sebab dia tak ada penunjuk arah kiblat. Masa hari pertama saya solat di sini agak tercari-cari juga tanda arah kiblat. Nasib ada pelajar Malaysia di sini yang tunjukkan.

Saya buatkan surau ini juga sebagai tempat belajar saya sebab ada meja yang agak besar daripada meja di bilik saya dan selesa. 

Alhamdullilah, gembira sangat hari ini.  Harap dapat memberi keselesaan pada jemaah yang lain juga. Untung juga saya dapat meja belajar baru. yabedabedu..


Monday, August 4, 2014

City Hall, 63City Tower, English Village & Coffee Prince Cafe

Today I am independent lady. hehehe rasa cuak nak jalan seorang diri tu pun ada la juga tapi anggap la macam kat Malaysia boleh saja survive..Jadi kita redah sajalah. Untung juga jalan seorang diri, boleh pergi banyak tempat. Oleh sebab dah tahu nak pergi jalan sendirian, jadi saya sudah search beberapa tempat yang menarik untuk pergi.  Berbekalkan peta subway, payung dan air masak (takut berbuka ditengah jalan) saya pun mulakan "pengembaraan Dora the explorer"  yang bertema Korean Drama.

Mula-mula pergi tempat yang dekat dulu, City Hall Station (Subway line 1 atau 2). Tempat ini memang gempak dan gah. Katanya City Hall ini merupakan tempat shooting drama City Hunter lakonan Lee Minho. Saya keluar melalui exit 6 iaitu terus ke Deoksugung Palace. Ketika ini ada upacara Pertukaran Pengawal selama 15 minit di pintu utama istana. Upacara ini diadakan pada pukul 10.30 pagi dan 2.00 petang. Dihadapan pintu utama istana ini juga ada perkhidmatan memakai baju tradisional Korea. Free saja. Apa lagi grab the oppurtunity. 


Kemudian diseberang jalan raya terlihat ada reben-reben kuning. Kenapa ya? Emm ini adalah tanda memperingati mangsa tragedi ferry Sewol yang tenggelam pada 16 April 2014  dalam perjalanan daripada Incheon ke Jeju. Orang awam di Korea memandang isu ini sangat besar dan dianggap serius. Sangat serius..emm..Jom kita masuk ke bangunan City Hall. Di tingkat bawah tanah ada muzium pameran masuk percuma. emm ini adalah salah satu keistimewaan Korea iaitu muzium. Mereka sangat banyak muzium dan muzium mereka menarik dan selesa untuk dilawati. Semasa saya pergi ni ada persembahan dari kumpulan. Jadi enjoy the show.


City Hall
Kemudian saya pergi ke 63City Tower (landmark yang tertinggi di Korea) dengan menaiki subway pergi ke Yeoido Station (Line 5) dan keluar pada Exit 5 terus nampak tempat perhentian bas, tunggu untuk menaiki free shuttle bus ke 63City. 63City maksudnya 63tingkat (3tingkat bawah tanah dan 60 tingkat atas tanah). Saya pergi sini sebab minat sangat drama My Girl lakonan Lee Dong Wook, di sinilah tempat heroin dia nak sangat pergi tu.hahah Ada beberapa event yang menarik di sini. 
1) 63 Sky Art Gallery (Naik sampai tingkat 60)
2) 63 Square (Macam terowong Aquarium Dasar Laut)
3) Wax Museum
4) Wayang 3D
5) Teater 
Setiap satu event agak mahal juga tiketnya dalam berbelas ribu won tapi ada pakej jadi saya ambil pakej 30 000 won untuk 3event. Saya pilih 63 Sky Art, 63 Square dan Wayang 3D.. Opps..tertidur dalam wayang 3D..hahah cerita Dinasor, kalau kanak-kanak menarik kot tapi kalau untuk orang dewasa tidak recommend la ambil pakej ini. Lagipun ceritanya dalam bahasa Korea la..haha Tapi yang Sky Art dan 63 Square memang best..deboom!


Seterusnya saya pergi ke English Village (Subway Hapjeong Station, Line 3, Exit ? Naik bas 2210 selama lebih kurang 45 minit perjalanan). English Village ini merupakan salah satu tempat pengambaran Running Man yang dibiintangi oleh JiHyo, KimJongKoo, KwangSoo, Haha, Gary, JaeSuk, dan Sukjin..masa pergi sini sangatlah teringat pada mak di kampung sebab mak saya memang minat sangat tengok RunningMan dan peminat tegar KwangSoo..haha kalaulah boleh bawa mak sekali kan best..sobsobsob. Ok di sini pemandangannya memang cantik  dan aktiviti juga makanan yang disediakan semuanya English Style.  Tapi sayang sekali saya tak sempat nak main aktiviti di sini sebab nak pergi berbuka puasa di tempat lain. 


Dalam perjalanan ke Coffee Prince Cafe sudah masuk waktu berbuka puasa, jadi saya pun minumlah bekalan air masak. Menaiki Subway ke Hongik Station, Line 2, Keluar exit 4 jalan dalam 300meter jumpa sudah cafe yang menjadi tempat pengambaran Drama Coffee Prince yang dibintangi oleh Yoon EunHye. Saya pilih menu jeju dokoron yugort smootie dan blueberry pancake. Harganya agak lumayan, dalam berbelas ribu won.

Okay selesai pengembaraan Dora hari ini. Sebenarnya ada lagi tempat nak pergi tapi Kamis dah pesan balik awal, jadi kita baliklah terus selepas makan berbuka tu. Oh ya, dak Kamis tak ikut hari ini sebab dia nak pergi ke Lotte World ThemePark. hahaha saya kurang minat nak naik roller costar sebab tu bawa haluan sendiri.kah3.selamat sudah. ok bye2.



Saturday, August 2, 2014

Tips Menggunakan Subway di Korea dan T-money Kad

T-money kad seperti debit kad yang digunakan untuk menggunakan pengangkutan  awam di Korea terutamanya di Seoul. Selain subway, T-money kad juga boleh digunakan untuk menaiki bas.



Subway pula merupakan pengangkutan utama kepada warganegara dan pelancong Korea sebab ianya efektif, memudahkan dan murah. Ia boleh diibaratkan monorel di Malaysia. Cara menggunakan juga sangatlah senang..

Langkah 1 : Beli T-money kad.
Boleh beli di 7-Eleven atau mana-mana kedai yang menjualnya. T-money

Langkah 2 : Topup T-money kad.
Boleh topup di 7-Eleven atau dimesin reload T-money di subway. Setiap stesen subway ada mesin reload T-money. Ikut arahan yang disediakan disitu. Letakkan kad tersebut diruangan yang disediakan. pilih amount, masukkan duit dan tunggu reload. Siap.

Langkah 3 : Peta subway.
Boleh dapatkan peta subway ini di kaunter informasi atau di mana-mana stesen subway. Pastikan peta itu yang paling latest updated. Kalau saya kurang rajin nak pegang peta, jadi saya akan snap picture daripada papan informasi di subway. Senang tengok dalam phone sahaja.
Tetapkan arah tujuan yang ingin dituju dan kenalpasti subway line berapa nak ambil. Contohnya line 2 yang berwarna hijau. Kemudian ikut arah line tersebut. Di subway stesen terdapat banyak penunjuk arah dan informasi jadi kemungkinan untuk sesat adalah sangat kurang.

http://www.exploringkorea.com/wp-content/uploads/2011/07/Subwaymap_Eng.jpg



Langkah 4 : Arah Exit subway.
Oleh sebab subway ni di bawah tanah. Jadi Exit ini akan bantu kita terus keluar ke tempat yang hendak dituju. Boleh rujuk pada papan informasi sejurus sahaja keluar daripada subway. Sebab akan ada banyak exit kadang-kadang sampai berbelas.

contoh pelan exit

*p/s :
1)Untuk mudah dan cepat, anda boleh google search tempat yang hendak dituju untuk mengenalpasti line subway  dan exit berapa yang ingin diikuti.
2)Kalau hendak berjalan-jalan, dinasihatkan plan pergi kawasan yang berdekatan setempat dahulu sebelum pergi yang jauh untuk mengelakkan membazir masa terlalu lama untuk perjalanan.

Contoh da siap research arah tempat tujuan

Friday, July 18, 2014

MH17

18/7/ 2014 : Hari Jumaat

emm nak menangis..
kenapa mereka kejam..kejam sangat
sesuka hati nak tembak kapal terbang orang lain.

Hari ini saya decide untuk tidak datang kelas. Kedua-dua kelas.(Kelas disini dibenarkan untuk ponteng 2kali. Jadi saya mengambil peluang ini.) Saya ponteng tak hadir kelas sebab semasa hari pertama dalam kelas. Saya ditanya dengan hebatnya tentang MH370. 
Semestinya hari ini perkara yang sama akan terjadi kalau saya datang ke kelas. saya bakal ditanya lagi dengan hebatnya tentang MH71. Oleh itu, saya rasa saya akan menangis ketika menjawab soalan mereka. Sedih sangat kenangkan nasib negara yang selalu diperlekehkan oleh negara lain. Menjadi mangsa. Mentang-mentanglah mereka ada  senjata nukleur. Sesuka hati saja nak buat apa-apa saja. Ini melibatkan nyawa manusia. Manusia membunuh manusia. Keji. Ok tak nak ulas banyak tentang ini. Kita tunggu sahaja keputusan siasatan. 

Jadi saya ambil keputusan untuk tidak datang kelas. Selepas inform kepada kedua-dua pensyarah saya melalui emel dan kakaotalk untuk mohon tidak hadir kelas pada hari ini. Alhamdullilah, mereka seakan-akan faham walaupun saya tak cakap sebab kenapa saya tak datang kelas. Ini buktinya ya..



Saya pun sudah bagi tahu mak kat kampung yang saya tak datang kelas hari ini. Ya saya memang anak yang baik dan jujur.hahaha Jadi saya memanfaatkan masa ini untuk menyelesaikan beberapa tugasan penting yang memerlukan fokus lebih.

Tik tok tik tok petang sudah. Seperti kebiasaan Syarul datang setiap Jumaat. Tapi hari ini dia datang berbuka saja dan tak bermalam sebab tak bawa bekalan baju lebih. Yeay, dua jejaka kacak masak! Sampai licin kita kerjakan. hahaha



Selepas Isyak, kami mengiringi Syarul sampai ke exit 11 untuk ke subway station. Bye-bye Syarul, lain kali bawalah baju lebih boleh bermalam di sini. hehe

Adi : Kamis, Jom lepak-lepak.
Kamis : Jom, dah seharian suntuk kita duduk dalam bilik. Lemas rasanya.
-dialog rekaan semata-mata-

Kami pun pergi beli pau kacang merah dan susu, kemudian duduk di kawasan rehat exit 11 tadi. Banyak jugalah perkara, isu dan rahsia masing-masing yang dikongsi. haha tetiba malam ni rasa sedang lepak dengan kawan yang dah lama kenal. Rasa lega dan menenangkan..cehhh hahaha.


p/s: Stress sebenarnya duduk negara orang kalau tetiba negara sendiri sedang hangat diperkatakan oleh dunia. #prayforMH17 #prayforMH370 

Add widget

please add widget